Thursday, 6 July 2017

Warna Warni Hari Raya 2017

Terlalu banyak memori pahit manis yang berlaku pada tahun ini, biarlah ia pergi menjadi sebuah pengajaran dan mematangkan kita. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana mengizinkan Eyma sekeluarga untuk merasa kegembiraan menyambut Aidilfitri kali ini. Walaupun hati sedang dibelenggu pelbagai dugaan, senyumlah selagi diberikan peluang.

Tahun ini kami beraya berlapan, insyaAllah tahun hadapan beraya bersembilan pula. Syukur... Rezeki yang tidak terjangka. Doakanlah yang baik-baik. Semoga baby sihat wal'afiat dan menjadi penyeri keluarga Eyma akan datang. Amin....

Meh usha sikit-sikit gambar raya Eyma tahun ni. Walaupun ramai tegur Eyma makin berisi. Gambo tetap gambo. Lantak orang nak kata apa, tunggu kita slim balik jangan datang melutut sudah. Hehehehe opss jangan terasa.


Duk test camera, tertekan pulak, Hehehe
Masing-masing duk bercandid sementara akak setting ISO sat.



Asal aku over sangat

Pin pin!! ketapi nak lalu pin pin!!

Kaki sape paling sado 
Sorry guys , saya memang macamni


Disebalik takbir

Tu dia....tu dia....

Mama dah penat bawa adik dalam perut


Acah-acah bahagia

Apa yang cuba dilakukan