Sunday, 27 August 2017

Kisah Ngeri Pakai Susuk, Terimalah Akibatnya


Setiap kali aku lap muka aku guna towel, mesti ada banyak darah kat tuala tu. Muka aku penuh dengan biji-biji merah besar, bernanah dan bau busuk. Muka aku sampai bengkak-bengkak, nak makan susah, nak nganga aduhhhh sakitnya.....!! Perit waktu itu hanya aku dan Tuhan saja tahu.

Orang sekeliling semua geli tengok aku. Semua taknak kawan dengan aku. Pinggirkan aku. Pulaukan aku. Jijik dengan muka aku. Sampai tahap aku dihina di hadapan orang ramai. Aku berlari balik rumah, aku kunci pintu, aku menangis bagai nak gila sampai tahap aku hampir nak siat-siat kulit muka aku!


Aku tak tahan dengan semua ini!

Aku tak kisah dengan apa jua cara.

AKU MESTI BUAT SESUATU!!!

.
.

Suatu malam, jam 11.45. Aku tiba di sebuah rumah. Aku melihat semula GPS, Ya! Inilah rumahnya. Aku melihat sekeliling sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kecil cengkerik dan angin sayu malam.

Tuk tuk tuk! *Aku mengetuk pintu*

Krreeekkk....~~ Seorang wanita dengan wajah yang menawan membuka pintu. Aku terkedu buat seketika. Kulitnya halus mulus, putih gebu, matanya menawan, bibirnya kemerah-merahan. Aku terkaku. Wanita itu mengusap wajahku sambil tersenyum lalu berkata,
"Kamu pasti akan disanjung"

Lalu aku dipelawa untuk masuk ke rumahnya. Aku terus berjalan dan dibawa ke sebuah bilik yang gelap. Sunyi sepi. Kedengaran suara kecil seperti memanggil aku untuk berhadapan dengannya. Kemudian aku dibaringkan di atas sebuah katil menghadap tingkap usang yang luas terbuka. Angin dingin sayup menyapu tubuhku. Aku mula berasa tidak sedap hati. Terlintas dalam fikiran, ini adalah keputusan terbodoh pernah aku lakukan.

Secara tiba-tiba, aku terbau sesuatu yang sangat wangi. Baunya manis, sangat harum. Kemudian aku didatangi oleh seorang wanita tua sambil memegang sebuah botol kecil yang warnanya seakan-akan warna merah. Lalu wajahku disapukan sesuatu cecair yang sangat sejuk dan baunya begitu harum seperti apa yang aku bau seketika tadi.

Degupan jantung aku waktu itu seperti bunyi dentuman gempa bumi. Detakan jantung semakin laju dan terus laju. Dup dap! dup dap! dup dap!

Bermacam-macam dalam fikiran yang aku fikirkan. Ahh! Aku tidak kisah! Aku nak cantik! Tak kira apa jua kesannya, aku tetap mahu cantik!

Sambil jari jemari wanita itu lembut mengusap wajahku, aku melihat bibirnya seperti berkumat-kamit sesuatu lalu menghembus pada wajahku. Kulit wajahku terasa begitu asing. Seperti ditarik-tarik. Lalu aku diberikan dua botol berisi cecair harum tadi untuk dibawa pulang. Aku dipesan agar menyapu cecair ini sebelum matahari terbit dan juga selepas senja. Aku hanya menurut apa yang diperkatakan. Lalu aku pulang ke rumah seperti biasa.

Perasaan ketika itu agak berdebar. Terasa sesuatu asing pada wajahku. Tegang semacam. Terasa kecut-kecut pada wajahku. Ahh! Aku malas nak fikir bukan-bukan lagi, lebih baik aku tidur.

Esok paginya, wajahku terasa pelik! Tidak pernah pernah wajahku selembut ini. Lalu aku mencapai cermin di atas meja solekku,

AAAAAAAARRRRRRRRGGGGGGGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!
APA SUDAH JADI PADA MUKA AKU??!!
Aku terus mencapai botol cecair yang diberikan semalam, aku membelek-belek dan ternampak tulisan yang menulis sesuatu.

"MAGICAL WHITE TREATMENT GEL"

Laaaahhhhh.... Ini ke produk ibarat memakai susuk tu?
Patutlah pakai sekali jerawat bukan main lari lintang pukang.

Inilah akibatnya memakai susuk ajaib Magical White! Memang magik !



Korang ada tak masalah jerawat teruk tahap gaban macam orang bawah ini?


Eeeeee geli kan?? atau masalah macam gambar bawah ini?


Betul kata pakcik tu, Magical White kan ado. Sekali korang cuba susuk ajaib ini, korang akan jadi macam orang bawah ini.


Nampak tak akak atas ni meroyan? Memang sah tak boleh move on kalau anda mencuba Magical White Treatment Gel , ibarat memakai susuk baq hang!

HARGA ASAL : RM49.90 TIDAK TERMASUK POSTAGE
HARGA KASIH SAYANG : RM40 TIDAK TERMASUK POSTAGE

EH!!! Kejap kejap tak habis lagi!!!


Jangan terkejut! PROMOSI MERDEKA sangat berbaloi uols!
BELI 3 BOTOL RM100 SAHAJA! *tidak termasuk postage*

POSTAGE RM8 SM / RM11 SS

ALAMAK! Apa pula masalah dia ni???


Jangan risau. Magical White Treatment Gel mampu membantu memulihkan segala jenis masalah wajah yang anda hadapi. Jeragat? Jerawat bernanah? Bintik hitam? Parut degil? Berapa kali nak bagitahu, GUNA MAGICAL WHITE LA WEH!!!

Inilah dia orang-orang yang dah mencuba susuk ajaib Magical White. Flawlessnya!!





Jemput ke Instagram @eymalydia_magicalwhite untuk melihat banyak lagi testimoni susuk ajaib Magical White.

✔ Ada pengesahan KKM
✔ No chemical
✔ No animal product
✔ All natural ingredient
✔ Sesuai untuk semua jenis masalah kulit

Nak takut apa lagi? Ramai awek gojes kat luar sana dah cuba Magical White sampai repeat 6 botol terus. Buat apa nak gebang?

Cepat grab sebelum stok habis. Tak banyak dah ni. Restock je licin. Korang nak ke rugi tak dapat flawless macam kulit kami? Anda tahu jawapannya.

Berminat nak beli?
Boleh PM tepi ya. 

Facebook : Eyma Lydia
Whatsapp : 012-4345332
Instagram : @eymalydia_magicalwhite

Untuk perkongsian kita semua, yang makcik tua berkumat-kamit tu, dia baca ayat ini. Cubalah amalkan, insyaAllah orang sekeliling tenang je tengok wajah kita. Kite tengok muka kita pun berseri-seri je. Sambil-sambil tu boleh sapu Magical White, kesannya lagilah Uummphh!!


Kalau sudi, share pada mak ayah tokwan nenek sedara mara kawan korang sekali ya. Ada masa kita jumpa lagi pada entri seterusnya. Tata! Hehe

Credit to Comic Junji Ito
Edited by Eyma Lydia


Tuesday, 22 August 2017

Dulu dihina muka berjerawat, bau badan macam loji, tapi sekarang Piiiwwwiiittt


Sejujurnya dulu Eyma ada masalah dengan bau badan dan kulit yang sangat sensitif. Sampai tahap ramai tegur kenapa kau busuk sangat, kenapa muka kau macam tin sardin? Meh habaq meh siapa yang tak sakit hati dengar kutukan macamni? Walaupun dulu Eyma flawless, cantik, menawan ececeh, tapi Allah pinjamkan sekejap saja. Start masuk Universiti, muka naik macam-macam. Tapi sekarang? Takde dah orang nak ejek kau busuk, bau hanyir, muka macam longkang, takde dah lepas ni. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca. Sama-sama share pada rakan lain juga ya. Hehehe


HILANGKAN BAU BADAN

Setiap orang ada bau badan tersendiri. Ada jenis bau tengik gila padahal tak sampai berapa minit baru lepas mandi. So korang patut cuba deodorant CELEBRITY LASS. Sembur sikit je kat ketiak terus takde bau apa-apa. SERIOUS! IM NOT JOKING! Dulu Eyma pun tak percaya, iyeke? betul ke sembur terus takde bau badan? Eyma pernah test tak mandi 24 jam pun still tak bau apa-apa. Eyma joging berpeluh-peluh pastu lepak lek lek dulu, still tak bau badan. Sumpah tak tipu! Eyma repeat sampai 3 botol tahan sampai 2 tahun. Banyak kali juga Eyma guna dalam sehari. Pagi nak pergi kelas, balik kelas lepas mandi sembur lagi. Malam nak jenjalan pun sembur. 1 botol tahan lebih 7 bulan. Berbaloi walaupun harga RM75 sahaja 50ml. Sekarang katanya dah tukar botol baru. Cubalah google kalau berminat nak beli. Eyma tak jual, hehehehe.

FLAWLESS MACAM PAKAI SUSUK

Inilah penyebab kulit Eyma naik jerawat mendadak :
1) Sensitif tahap gaban
2) Tak boleh kena habuk
3) Naik jerawat susah nak pulih
4) Tangan gatal woi nak sentuh muka
5) Tak cukup air
6) Stress final exam
7) Stop supplement

Ya! No 7 itu adalah punca utama kulit Eyma teruk gila! Bila fikir dah tua nanti, terus stop apa-apa pil tambahan. Eyma tukar produk yang dapat suggestion daripada orang sekeliling. Dua produk ini sahaja yang Eyma guna sekarang. No night cream, no daily cream, no moisturiser.

Pencuci muka : Good Virtues Co. Glowing & Goodness, Acne Control Facial Cleanser.
Serum : Magical White Treatment Gel

Penatlah asyik cover muka sebab berjerawat. Nak present kat depan pun tak ada confident, semua tengok je muka kita yang berjerawat ni. MashaAllah malu sangat! Tetapi alhamdulillah, hanya penggunaan sebotol Magical White, tak ada dah kulit sensitif yang dari dulu takut nak tempek walaupun secebis bedak. Korang patut cuba tau sebab Magical White sesuai untuk semua jenis kulit. Magical White juga ada pengesahan KKM tau. Tak percaya? Buat apa Eyma nak gebang. Biar gambar di bawah membuktikan segalanya.


Pencuci muka boleh dapatkan di mana-mana farmasi, Watson ada, Guardian pun ada. Serum Magical White Treatment Gel pula Eyma ada jual. Hehehe

Harga asal : RM49.90 tidak termasuk postage
Harga kasih sayang : RM40 tidak termasuk postage (tahan 3 minggu)
PROMOTION MERDEKA 3 BOTOL RM100 tidak termasuk postage

Postage RM8 semenanjung , RM11 Sabah & Sarawak
Kalau berminat nak beli, boleh PM di Facebook Eyma Lydia atau whatsapp saja 012-4345332.
#Anda Layak Untuk Peloles



MISS V BERBAU?

Mempersembahkan Good Virtues Co. Sensible & Serene, khas buat Miss V anda.


Ini dah botol yang kedua Eyma guna. MashaAllah sangat selesa! Yang jenis Miss V gatal-gatal, cubalah produk ini. Nak lompat? Nak kangkang? Nak buat apa saja Miss V tak berbau dah. Yang jenis suka kepit-kepit pun tak akan ada bau dah. Magik kan? Boleh dapatkan di mana-mana farmasi Watson atau Guardian. Hehehe

LAST ADVICE, PENTING!!!

Nak cantik, nak wangi, nak menawan kenalah ada usaha. Jaga pemakanan. Seimbangkan cara pemakanan korang. Jangan tahu nampak ayam goreng tu sedap terus pelahap tak ingat dunia. Banyakkan juga minum air putih. Sehari kalau boleh wajib habiskan 3 botol 1.5L. Inilah tips utama untuk kekal flawless dan hindar daripada bau badan yang melampau.

Sambil-sambil mandi dan cuci muka, rajin-rajinlah doa semoga Allah serikan muka kita, orang sekeliling tenang saja bila berdekatan dengan kita. InsyaAllah tips yang saya beri ni akan menaikkan semula semangat sahabat di luar sana yang sedang down kena hina, dicaci dan sebagainya. Anda mampu mengubahnya.

Sekarang Eyma dalam proses untuk slimkan body. Penat kena ejek badak sumbu, dugonglah, gajahlah. Nak buat macam mana? Makanan sedap woi!! Mana tak gemuknya. Apa-apapun, doakan yang terbaik buat Eyma. InsyaAllah dengan izin Allah kita bertemu lagi. Assalamualaikum & tata , Hehehe

Thursday, 17 August 2017

Maaf atas kekhilafan lalu



Saya bukanlah manusia yang sempurna. Kadang kala hati terluka siapa nampak? Hanya tuan badan sahaja merasa. Biarlah wajah memaparkan senyuman walau di lubuk hati masih membasahi diri. Mungkin terlalu banyak dosa lalu, kini Allah sedang mencuit hati masing-masing sebagai sebuah ujian. Kita sebagai manusia perlulah terima, bukannya melenting. Sedangkan saya sendiri kadang kala tidak boleh terima takdir tentang apa yang berlaku, apatah lagi di pihak sana? Masing-masing merasa kesakitan yang dialami. Jadi, sebagai seorang sahabat, keluarga, saudara mara, perlulah sama-sama bantu bangkitkan semula semangat sahabat anda yang sedang tersungkur dek kesedihan yang dialami. Saya sendiri lemah, tidak sekuat wanita lain. Mudah melenting, mudah kecewa, mudah terluka, itulah kelemahan yang sentiasa ada dalam diri. Kadang kala pengalaman itu mengajar kita untuk menerima takdir yang sudah Allah tentukan. Mestipun ianya sukar, biarlah ia dimamah masa, jangan memamah hati. Terluka boleh diubat, retak boleh disambung, tiada perkara yang tidak mustahil tidak boleh diselesaikan. Semuanya pasti ada jalan, sama ada esok, lusa atau akan datang saja.

Saya sendiri tidaklah sebaik mana, pernah menyakiti hati orang lain, pernah termarah, macam-macam pernah dilakukan. Kadang-kadang kita sendiri tidak berniat untuk menyakiti sesiapa mahupun merosakkan mana-mana hubungan. Dengan penyesalan inilah mengajar diri sendiri untuk lebih berhati-hati selepas ini. Jangan mudah percaya. Jangan terlalu berharap. Kalau tidak, lihatlah sekarang, memakan diri. Mujurlah lama kelamaan hati mula pulih, dapat menerima segala apa yang berlaku dengan tenang. Saya sudah pun bahagia. Pihak sana sudahpun bahagia. Hati sama hati sudah berbaik, tiada lagi hasat dengki atau dendam biarpun perkara lepas amat menyakitkan. Bukan mudah sebenarnya mahu memujuk hati ini. Tetapi sampai bila? Sampai bila persoalannya? Kita berhak untuk bahagia. Maka, bahagiakanlah.

Dengan ini, saya dengan rendah dirinya memohon maaf sekiranya ada tersakitkan, terlukakan dan segala salah silap yang telah saya lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, maafkanlah. Kadang kala tindakan kita tanpa kehendak diri dan terlalu mengikutkan nafsu bakal membawa padah pada diri dan orang sekeliling. Biarlah hubungan kita kekal sebagai saudara seIslam. Jangan dipunahkan harapan sebagai seorang wanita yang sedang menjaga hak kebahagiaannya suatu hari nanti. Yang sudah bahagia, teruskanlah berbahagia. Saya gembira melihat kebahagiaan anda di sana. Semoga kebahagiaan saya sekeluarga akan sentiasa diberi rahmat Allah swt.

Doakanlah yang baik-baik, insyaAllah segala urusan dunia akhirat akan dipermudahkan. Amin...

#Nasihat buat diri sendiri & sahabat sekalian

Thursday, 6 July 2017

Perkembangan Header Blog Dari 2012 - 2017

Tak sangka dah lebih 5 tahun Eyma memegang gelaran seorang blogger. Sedar diri juga yang Eyma taklah sehebat blogger otai yang lain. Blog ini hanya dijadikan tempat berkongsi cerita tentang kehidupan Eyma. Yang mana dari dulu perati perkembangan Eyma start dari blog GadisPhotographer yang telah dihack hingga ke blog EymaLydia, korang akan perasan banyak perubahan yang berlaku sepanjang 5 tahun ni. Sat sat kurus sat sat gemuk cantik hodoh semua ada.
Tengok-tengoklah dulu header noob Eyma start dari tahun 2012 sampai ke tahun ini. Tadi baru saja Eyma ubah header baru. Cantik dak? Tak cantik jangan habaq. HAHA
2012

2013

2014-2017

Terkini Pewiiittt


Noob kan header zaman tak matang dulu? Geli pula Eyma tengok, HAHA. Sejak sambung degree, cuti sem kali ini baru dapat cuci segala sawang dalam blog Eyma. Sometime, tiba-tiba rasa tawar hati untuk berblog sebab terlalu sibuk. Tapi sayang pula kalau nak burn blog Eyma. Sayang juga pada silent reader yang always berpusu-pusu ngintip Eyma. Ececeh....

InsyaAllah kalau tiada kekangan, Eyma akan update beberapa entri tentang kisah kehidupan Eyma. Terima kasih semua kerana sudi datang menjenguk blog saya. Muah muah!

Warna Warni Hari Raya 2017

Terlalu banyak memori pahit manis yang berlaku pada tahun ini, biarlah ia pergi menjadi sebuah pengajaran dan mematangkan kita. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana mengizinkan Eyma sekeluarga untuk merasa kegembiraan menyambut Aidilfitri kali ini. Walaupun hati sedang dibelenggu pelbagai dugaan, senyumlah selagi diberikan peluang.

Tahun ini kami beraya berlapan, insyaAllah tahun hadapan beraya bersembilan pula. Syukur... Rezeki yang tidak terjangka. Doakanlah yang baik-baik. Semoga baby sihat wal'afiat dan menjadi penyeri keluarga Eyma akan datang. Amin....

Meh usha sikit-sikit gambar raya Eyma tahun ni. Walaupun ramai tegur Eyma makin berisi. Gambo tetap gambo. Lantak orang nak kata apa, tunggu kita slim balik jangan datang melutut sudah. Hehehehe opss jangan terasa.


Duk test camera, tertekan pulak, Hehehe
Masing-masing duk bercandid sementara akak setting ISO sat.



Asal aku over sangat

Pin pin!! ketapi nak lalu pin pin!!

Kaki sape paling sado 
Sorry guys , saya memang macamni


Disebalik takbir

Tu dia....tu dia....

Mama dah penat bawa adik dalam perut


Acah-acah bahagia

Apa yang cuba dilakukan