Saturday, 27 August 2016

Dugaan nak masuk UTM , Demam pula




Assalamualaikum korang


Esok Eyma mula bergerak ke Johor Bahru , doakan selamat perjalanan kami sekeluarga pergi dan pulang serta segalanya berjalan dengan lancar untuk berdaftar sebagai mahasiswi UTM pada 28 Ogos ini. Alhamdulillah Eyma semakin pulih dari demam sejak beberapa hari lalu demam teruk. Disebabkan faktor kesihatan, banyak kerja Eyma terkendala tetapi syukur alhamdulillah dapat diselesaikan pada akhir-akhir masa.

Korang bayangkan, Eyma dapat job betul-betul time Eyma demam. Dugaan besar. Photoshoot sambil demam, muka macam tempe basi waktu tu. Terpaksa juga sengeh seikhlas mungkin demi mencari rezeki yang halal. Takkanlah nak buat ala kadar. Itu bukan cara Eyma! All must perfect. Orang demam sepatutnya berehat, tidur. Tapi Eyma sampai ke subuh masih tercegat depan laptop buat kerja. Hahaha memang kerja gila. Nak buat macam mana, inilah cara untuk mencari rezeki. Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab permudahkan segalanya. See, segalanya dipermudahkan sebab? Doa kepada Allah. Sejauh mana kesusahan korang, please stay berdoa pada Allah. Allah pasti membantu! 100% guarantee! dan..... solat jangan tinggal, sekali pun jangan. kalau terlepas waktu (tak sengaja), please qada'. Korang takkan rugi apa-apa. Kalau ada masa, bacalah Al-Quran sehelai pun tak apa, yang penting tiap-tiap hari sentuh Al-Quran. Cubalah buat, korang mesti tak percaya apa hasil yang korang buat ni. Believe me. I already try it.

Lagi satu, korang nak tahu tak..... Sangat terkejut apabila dalam masa 2 jam, segala dokumen untuk disahkan, segala urusan di bank dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Tidak rugi kita tidak putus doa kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita. Tak sangka juga esok Eyma akan bertolak ke Johor, demam cepat surut hari ini walaupun semalam dan hari sebelumnya teruk yang amat demamnya. Dengan batuk dan selesema. Perut pula buat hal, kepala pening, loya semua ada. Tapi Eyma still jaga ubat dan makan untuk cepat pulih. Walaupun rasa tak selera nak makan, tapi paksa juga.

Eyma harap sangat masa orientasi Eyma akan kembali pulih sepenuhnya. Eyma taknak jadikan hari pertama di UTM sebagai kenangan pahit untuk Eyma. Eyma taknak terperap dalam bilik kena kuarantin, tak dapat join aktiviti masa orientasi, sangat tak seronok. Disebabkan mental Eyma masih kurang baik, perasaan sedih terbawa-bawa sampai sekarang untuk berjauhan dengan keluarga. Bayangkan perjalanan dari rumah ke UTM ambil masa hampir 10 - 12 jam. Ini kali pertama Eyma berjauhan dengan family. Sebelum ni duduk matrik setakat 30 - 40 minit saja dari rumah. Tapi kali ni paling mencabar untuk Eyma dan family. Kesian juga ayah mama nak hantar Eyma belajar jauh-jauh. Serious, memang menyesal ambil jauh-jauh. Hahaha

Lepasni dapat jumpa family masa raya kat kampung je lah jawapnya. Kampung Eyma di Johor juga. Taklah patah pinggang nak balik kampung lepas ni. Tapi esok confirm bukan setakat patah pinggang, punggung penyek pun ada. Ya Allah, tak dapat bayangkan macam mana seksanya perjalanan jauh. So korang doakanlah perjalanan Eyma nanti tak jem, semua berjalan lancar, tak ada barang yang tertinggal or something wrong happen dan dapat roomate yang gila-gila tak buat orang stress. Dan doakanlah demam Eyma pulih sepenuhnya. Eyma ni jenis kalau jalan jauh confirm mual, pening kepalalah, macam-macam hal Eyma ni. Dengan keadaan demam macamni, Ya Allah, elakkanlah......

Pesanan untuk diri sendiri, dont give up. Please sentiasa bersemangat belajar di sana! Jangan selalu menangis, jangan selalu stress, jangan suka masam je. Senyum selalu! Be good to everyone, make people happy, you will happy too!

Dengan ini, Eyma ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali Eyma tak kiralah di laman sosial or pernah hidup bersama Eyma, Eyma minta maaf sekiranya terkecilkan hati, termasam muka, termarah, terbuat apa-apa kesalahan, maafkan Eyma. Mungkin kesalahan itu Eyma tak sengaja lakukan, atau terpaksa lakukan untuk kebaikan korang. Maaf beribu maaf ikhlas daripada Eyma. Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dengan memaafkan kesalahan orang lain dengan hati yang ikhlas. Amin ya rab.....

Happy to see you, UTM !

Setakat ini sahajalah penulisan Eyma untuk kali ini. Semoga korang turut happy dengan perkembangan Eyma. Saranghae to all my silent readers!!

Sunday, 7 August 2016

Rahsia Kulit Flawless Eyma

Assalamualaikum awak semua!

Belakangan ni, Eyma sangatlah malas cuci muka, malas pakai skincare, malas makan vitamin. Entah hantu mana rasuk jadi malas gila jaga kulit ni. Beberapa hari selepas itu, Eyma demam. Lagi bertambah malaslah Eyma jadinya. Yang lagi best, skincare Eyma memang dah tahap kene korek-korek kalau nak pakai. Hmmm dah la mahal, RM100 lebih. Vitamin pula tinggal berapa ketul je. Allah! Vitamin pun RM100 tiap-tiap bulan kena repeat. Eyma sanggup beli demi jaga kulit Eyma yang sensitif ni.

Nak share sikit tentang diri Eyma ni. Kena habuk, naik ruam, naik gatal-gatal, naik jerawat. Tak makan vitamin, tengoklah lepas bangun tidur. Tu dia bengkak satu badan. Eyma memang alergic habuk, alergic peluh sendiri, alergic kacang, dan paling rare alergic tembikai. Tembikai dengan kacang memang favourite weh ! Tapi nak buat macam mana, Allah tak bagi Eyma makan tembikai dengan kacang. Once Eyma makan kacang walaupun just beberapa biji, esok muka penuh jerawat! Sakit gila, besar pula tu. Kes tembikai pula, one day masa baru masuk matrik, Eyma makan tembikai banyak gila! Rasanya satu biji tembikai Eyma sumbat dalam perut. Esok pagi bangun-bangun, berlari sepantas boleh ke tandas untuk melepaskan hajat. Hajatnya panas, suam-suam gitu, cair, dan baunya, wahhhh harum! Dalam satu jam, Eyma ulang alik ke tandas lebih 20 kali! Tak tipu tak bohong. Im swear! Lepastu demam seminggu, everyday cirit, everytime cirit kalau makan something even Eyma makan seketul gula-gula, 5 minit lepastu, bersiap sedialah untuk ke tandas ulang alik. Budak dorm hulur makanan, Eyma tolak. Sampai berhari-hari Eyma tak makan. Walaupun minum air, makin teruk cirit. Sampailah Eyma nak cirit, tapi cirit tak keluar tahi sebab tak ada makanan dalam perut. Bayangkan tak makan berhari-hari. Tenaga masa tu, Allah saja tahu betapa lemahnya Eyma. Nak naik tangga pergi kelas, dah macam orang tua sangkut kat pemegang tangga. Teruk kan alergic tembikai? Dah 3 hari cirit barulah nak jumpa doktor. Padan muka Eyma kena masuk air sampai 3 botol. Lepas masuk air barulah mampu nak senyum. Kalau tak, jalan 5 langkah dah jatuh. Allah saja tahu betapa peritnya masa tu. Gila tak nangis meraung "nak mama, nak mama". Padanlah Eyma pun baru first time masuk asrama masa tu. Hehehehe. Lepas dari kes tu, makan tembikai sepotong pun dah berlari pergi tandas. Sedih gila alergic makanan favourite tu!!

Eh panjang pula introduction tentang diri Eyma ni. yeah cerita di atas tu memang realiti dalam hidup Eyma. Nampak je Eyma ni macam sihat, kuat, sado, tapi hmmm benda kecik habuk pun jadi kes.

Kembali kepada tajuk asal kita, now Eyma memang tengah pening nak guna skincare apa. Al maklumlah sekarang tengah berjimat, nak gadaikan hampir RM300 semata-mata untuk skincare dan vitamin. Aduh pedih poket! Sehinggalah Abang Boni Kacak kita promote kat Eyma satu produk baru iaitu Serum Mawar Zeeta berharga RM20 sahaja. Eyma mula rasa was-was. Betul ke RM20 boleh bagi surut jerawat? Flawless macam tak mungkin je. Sumpah Eyma tak percaya masa tu. RM20 hanya untuk sebulan penggunaan. Hmmm... Eyma masih tak percaya apa yang Boni katakan. Berhari-hari juga memikirkan tentang produk tersebut. Nak beli ke tak , nak ke tak , nak ke tak. Akibat lama sangat buat keputusan, jerawat makin banyak naik! OMG! I cannot! Kena juga beli. So Eyma pun belilah dua botol Serum Mawar Zeeta dari Boni. Satu botol untuk Eyma, lagi satu untuk mama. Okay kali ni Eyma bertekad untuk menguji Serum Mawar Zeeta sama ada hanya manis dari mulut atau memang terbukti berkesan.

Minggu lepas, Eyma start guna serum tersebut. Spray-spray je. No vitamin, no skincare, no cream bagai. Mudah kan? Berbanding sebelum ni, nak kena celet cream night lah, moisturiser la, toner la, nak telan vitamin la, aduhhh payah ! Buang masa.

Korang nak tahu apa jadi selepas seminggu guna serum tersebut? Nah tengok gambar ni , cari apa yang hilang selepas seminggu guna Serum Mawar Zeeta.

Hidung dan pipi kembali flawles! Yeah!!
Jerawat kat kening dan pipi hilang. Pipi kusam pun jadi flawless.
Ini bukan produk pemutih tau, gambar before tak cukup cahaya masa tu.

Harap korang nampak selepas lebih seminggu tak sampai separuh Eyma guna 2 kali sehari.

SUMPAH TAK PERCAYA INI HASILNYA ! Gambar sebelumnya, muka menggerutu, tambah pula dengan blackhead teruk. Tetapi selepas seminggu, blackhead satu pun tak ada. Jerawat langsung tak tumbuh! Macam tak percaya. Eyma langsung tak makan vitamin, tapi still boleh flawless dengan serum ini. Katanya Serum Mawar Zeeta ni juga boleh hilangkan resdung. Yang ada resdung dan pernah guna produk ni, katanya bersin dan lendir keluar dari hidung. Hebat kan? Eyma sarankan korang beli produk ni. Tak tipu tak bohong! 100% Eyma guarantee! Eyma pun terkejut baru seminggu guna terus hilang segala jerawat dan blackhead. Itulah orang kata, tak cuba tak tahu. Eyma awal-awal rasa ragu-ragu, now dah guna seminggu, barulah terhegeh-hegeh nak restock lagi. Now Eyma juga penjual Serum Mawar Zeeta! Korang yang nak beli, boleh whatsapp Eyma 011-37729697 . RM20 sahaja! Jimat! Daripada Eyma gadaikan RM300 untuk skincare dan vitamin. RM20 je tiap-tiap bulan! Murah gila!!! Tapi hasilnya, meletop kawww!

Haritu tanya mama, mama rasa apa-apa perubahan tak selepas guna serum ni. Mama pun mengaku serum ni tak buat muka mama berjerawat. Jerawat pun maki kecut. Ayah pun guna serum ni juga, kulit ayah lagi sensitif dan kering yang teramat. Garu sikit, terus tercabut kulit kering. Tak sangka pula ayah guna juga serum ni. Nampaknya ayah pun sesuai pakai serum ni. Korang takkan tengok je serum ni, mai la beli !! Murah sangat RM20 ni . . InsyaAllah nanti Eyma share gambar kulit Eyma selepas satu botol pula ya .

ORDER NOW! WHATSAPP 011-37729697! RM20 /bottle not include postage.

Nah Eyma share sikit gambar Eyma pakai makeup. Kalau kulit dah flawless, pakai makeup lagilah nampak flawless! Yang Eyma suka dengan serum ni, makeup jadi tahan lama dan tak tumbuh langsung jerawat selepas pakai makeup. Selalunya kulit Eyma ni pakai je makeup, confirm berketul-ketul jerawat tumbuh. Selalunya nak review produk baru start pakai makeup, itu pun sebulan sekali saja. Keluar pun tak pakai makeup sebab takut berjerawat. Lepasni bolehlah makeup kalau nak keluar! YEAH!!!