Saturday, 23 July 2016

Blog Eyma Lydia Kena Hack


Assalamualaikum korang! Betapa kurang asamnya makhluk tersebut kerana berani hack blog Ema. Sempat juga Ema screenshot entri tersebut. Mana dia dapat password blog Ema? Dasyat gila hacker sekarang macam-macam boleh buat. Ya Allah! Tak sanggup nak baca entri tersebut kali kedua! Korang umur bawah 18 tahun, mohon jangan baca entri tersebut yang telah dihack pada 22 July, SEMALAM!!


Taktahulaa Si Boni ni salah log in ke apa, mana dapat password blog Ema haaa?? Kurang asam, masuk blog orang dah la tak bagi salam! Balik kerja nanti siaplah, hempuk pala kasi lunyai! Nakal ngat-ngat aih!

Maaf ye kalian yang terbaca entri tersebut. Mesti korang kata Ema gila, apa dia Ema ni update entri macam orang tak ketahuan. Semua ni salah Boni, tangan gatal nak kena katuk ni! Biasa dia ni . . . . .


Thursday, 21 July 2016

Eyma Lydia Masuk Berita Harian





Assalamualaikum awak-awak.

Semalam 20 July 2016, tengah syok-syok beraya dengan kawan-kawan, tiba-tiba mama call suruh buka telegram. Data Ema dah berkerabat tak beli, so Ema tanyalah kenapa? Suara macam seronok, terkejut pun ada. Mama pun beritahu yang Pak Itam bagitau yang Ema masuk paper Berita Harian. Ema apa lagilahhhh, "SERIOUSLAH???". Sumpah tak sabar nak balik nak tengok paper! Terniat juga nak beli paper BH, tapi masa tu nak pukul 7 dah, so kene balik cepat-cepat juga. Balik je ayah mama depan TV. Ayah kata "haaa tu paper". Pulak dah mesti ayah tengok telegram ni. Ema dengan happynya selak punya selak, Tadaaaa!! MUKA AKU WEEHHHH!!! Ema pun terangkanlah kat ayah mama macam mana muka Ema boleh masuk paper. Halaa mak bapak mana tak terkejut anak dia tiba-tiba masuk paper, pakcik sedara lagi up to date dari Ema apa cita, Hahaha.

Sebenarnya Khairul Amm dari Berita Harian mencari blogger bawah 20 tahun untuk diinterview masuk paper. So Eyma saja try manalah tahu nasib kali ni boleh masuk paper macam kawan-kawan blogger yang lain. Jelous juga sebelum ni tengok newsfeed kawan tu masuk paper sana sini majalah sana sini. Cemburu sangat! Tiba-tiba kali ni rezeki Ema dapat masuk paper. Alhamdulillah dapat juga tingkatkan trafik blog malah kembangkan perniagaan Ema sekarang ni. Btw thank you so much Khairul Amm BH !

Allah bantu Ema banyak sangat belakangan ni. Itulah janji Allah, kita semakin dekat dengan Allah, walau susah mana pun kita, kita banyak buat baik dengan orang, Allah balas berkali ganda! Alhamdulillah bisnes contact lens Ema semakin berkembang. Setiap hari ada saja customer yang berpusu-pusu masuk order. Syukur ya Allah. Walaupun semalam dah start tak ada suara. Hari ni dah start demam. Nak bercakap memang tak termampu. Tapi boleh melantak macam-macam. Tak macam orang demam timah ni , patutlah orang puji timah dah sado. Kuwanjaq!

Kalau korang berminat nak beli contact lens dari Ema, boleh contact melalui Whatsapp 011-37729697. Korang boleh usya-usya gambar contact lens di blog Mr Selfie & Mrs Selfie . Ada lebih 150 jenis contact lens yang Ema update di sana. ORIGINAL IMPORT DARI KOREA. 100% guarantee kalau korang percayakan Ema. Selamat membeli belah ! Hehe

Tuesday, 19 July 2016

Kreatif Blog Baru Mr Selfie & Mrs Selfie Menggunakan Wix

Selamat Datang Ke Blog Official Mr Selfie & Mrs Selfie !

Dipersilakan menggeledah blog baru Mr Selfie & Mrs Selfie , hehe . Klik Sini

Walaupun blog tersebut hanya berdaftar secara free , tetapi hasilnya WOW! Siap ada gerak-gerak lagi. Sangat ohhseemm!!! Semestinya aku yang mengedit begitu excited kerana Wix mampu mengedit blog mengikut kreativiti dan cita rasa kita.  Alangkah indahnya jikalau Blogger mempunyai aplikasi seperti Wix. Tetapi domain Wix sangat sangat sangat sangat mahal. Tak mampu guwe!

Baiklah, mari saya berceloteh sedikit mengenai Mr Selfie & Mrs Selfie serta perkembangan terkini.

Mr Selfie & Mrs Selfie ditubuhkan pada 27 February 2015 juga merupakan gabungan kerjasama antara Eyma Lydia dan juga Boni Kacak. Pada mulanya, kami menjual baju t-shirt Mr Selfie & Mrs Selfie. Malangnya, sambutan terlalu hangat menyebabkan kami terpaksa menutup tempahan baju tersebut.

Screenshot Blog Baru Mr Selfie & Mrs Selfie

Sekarang kami meneruskan bisnes kami dengan menjual contact lens original import dari Korea 100% guarantee! Hanya Rm16 sahaja satu pasang. RM15 pun ada! Murah kan? Jangan salah sangka dengan contact lens kami kerana begitu murah. Kami hanya mengambil untung beberapa ringgit sahaja, nak makan nasi kerabu pun tak lepas. Kenapa murah sangat? Cuba anda bayangkan mengapa Kedai Optik menjual contact lens melebihi RM50? Kerana mereka perlu menampung gaji pekerja serta sewa tapak. Serious saya tak tipu, contactlens berjenama LuxuryBabe ini sangat lembut apabila dipakai. Marilah beli! Whatsapp 011-37729697. Anda boleh melihat koleksi contact lens di blog baru Mr Selfie & Mrs Selfie . Ikuti update gambar-gambar model memakai contact lens kami di Instagram @mrselfie_mrsselfie .

Tambahan, kami juga menjual produk kecantikan iaitu Serum Mawar Zeeta. Lihatlah testimoninya iaitu Boni Kacak. Wajah beliau sangat flawless dan bersinar-sinar apabila cahaya matahari memancar. Tak percaya? Dipersilakan selongkar album photo facebook Boni Kacak. Terbukti kulit beliau licin tanpa jerawat malah semakin ramai gadis yang tercengang lalu pengsan setiap kali berselisih dengan beliau kerana terpegun dengan kulit wajah beliau yang menyerupai Aaron Aziz, "katanya". Mohon tahan muntah anda! Ini serious. Lihatlah Eyma Lydia, begitu cemburu dengan kulit wajah Boni Kacak, lalu Eyma Lydia juga merupakan sebahagian testimoni Serum Mawar Zeeta. Kebanyakan serum yang dijual di luar sana hampir mencecah RM100, tetapi Serum Mawar Zeeta hanya berharga RM20 sahaja sebotol! Sangat murah! Sangat berbaloi! Sangat berkesan! Mari mari mari beli! Whatsapp 011-37729697

Screenshot Blog Baru Mr Selfie & Mrs Selfie

Screenshot Blog Baru Mr Selfie & Mrs Selfie

Jadi, apa komen anda tentang blog baru Mr Selfie & Mrs Selfie? Ohsem kan?! ke... Girly sangat? Biasalah tu, yang mengedit pun Cik Ema kita. Sekiranya anda mahu menempah blog seperti Mr Selfie & Mrs Selfie, sila contact Eyma Lydia melalui whatsapp 011-37729697 . Saya hanya charge RM50 untuk satu blog full edit tip top cun melecun!

Kekal sokong kami kerana sokongan anda pembakar semangat kami ! Mr Selfie & Mrs Selfie !