Thursday, 21 July 2016

Eyma Lydia Masuk Berita Harian





Assalamualaikum awak-awak.

Semalam 20 July 2016, tengah syok-syok beraya dengan kawan-kawan, tiba-tiba mama call suruh buka telegram. Data Ema dah berkerabat tak beli, so Ema tanyalah kenapa? Suara macam seronok, terkejut pun ada. Mama pun beritahu yang Pak Itam bagitau yang Ema masuk paper Berita Harian. Ema apa lagilahhhh, "SERIOUSLAH???". Sumpah tak sabar nak balik nak tengok paper! Terniat juga nak beli paper BH, tapi masa tu nak pukul 7 dah, so kene balik cepat-cepat juga. Balik je ayah mama depan TV. Ayah kata "haaa tu paper". Pulak dah mesti ayah tengok telegram ni. Ema dengan happynya selak punya selak, Tadaaaa!! MUKA AKU WEEHHHH!!! Ema pun terangkanlah kat ayah mama macam mana muka Ema boleh masuk paper. Halaa mak bapak mana tak terkejut anak dia tiba-tiba masuk paper, pakcik sedara lagi up to date dari Ema apa cita, Hahaha.

Sebenarnya Khairul Amm dari Berita Harian mencari blogger bawah 20 tahun untuk diinterview masuk paper. So Eyma saja try manalah tahu nasib kali ni boleh masuk paper macam kawan-kawan blogger yang lain. Jelous juga sebelum ni tengok newsfeed kawan tu masuk paper sana sini majalah sana sini. Cemburu sangat! Tiba-tiba kali ni rezeki Ema dapat masuk paper. Alhamdulillah dapat juga tingkatkan trafik blog malah kembangkan perniagaan Ema sekarang ni. Btw thank you so much Khairul Amm BH !

Allah bantu Ema banyak sangat belakangan ni. Itulah janji Allah, kita semakin dekat dengan Allah, walau susah mana pun kita, kita banyak buat baik dengan orang, Allah balas berkali ganda! Alhamdulillah bisnes contact lens Ema semakin berkembang. Setiap hari ada saja customer yang berpusu-pusu masuk order. Syukur ya Allah. Walaupun semalam dah start tak ada suara. Hari ni dah start demam. Nak bercakap memang tak termampu. Tapi boleh melantak macam-macam. Tak macam orang demam timah ni , patutlah orang puji timah dah sado. Kuwanjaq!

Kalau korang berminat nak beli contact lens dari Ema, boleh contact melalui Whatsapp 011-37729697. Korang boleh usya-usya gambar contact lens di blog Mr Selfie & Mrs Selfie . Ada lebih 150 jenis contact lens yang Ema update di sana. ORIGINAL IMPORT DARI KOREA. 100% guarantee kalau korang percayakan Ema. Selamat membeli belah ! Hehe