Friday, 4 November 2016

Assignment paling gempak meletus kebabom!

Yo wazzup guys! Lu apa cita?! Eh.. Assalamualaikum. Hehehe

Sejak jadi dak-dak UTM ni, terRock pula kita. Hehe. Korang mesti rindu entri dari Eyma kan ? Kan kan kan ? Apa ? Tak rindu ? Okay fine, takmau dah kawan. Hehe, okay melawak je. #hambar

Ni Eyma nak cerita sikit ni, sejak masuk UTM ni. MashaAllah! Assignment tiap-tiap hari ada. Makin lama makin tak cukup tidur siapkan assignment sampai 2 - 3 pagi. Dapat pula assignment yang melibatkan group, pastu kene hantar dalam minggu kitorang tengah cuti pertengahan semester. Wooo sakit hati bro! Dapat pula geng group yang jauh-jauh. Lagi masaklah kitorang assignment ni macam mana???

Ceritanya assignment kami kene buat video. Kami kan bakal engineer. Kenalah kreatif sikit. Setakat buat video rakam muka hampa, tayang-tayang gambar google, ape ce.. Lecturer tengok pun bosan, ye dok? So kami decide nak buat video guna VideoScribe. Haaa.... Kau tahu natang apa VideoScribe ni? Confirm-confirmlah software nak edit video. Podah!

Orang paling bersemangat nak buat video ni confirmlah Eyma! Eyma ni kalau dapat software yang nampak sexy sikit ni, pantang weh.... Asyik nak menerai *try* je. Dapat kat Eyma, jeng jeng jeng! Buat pertama kalinya! Video ni gempak gilalah, tak tipu. Budak kelas lain pun tengok cair beb. Ada yang cemburu sampai nak hack video tu. Eh eh tipu je. HAHAHA lelebih pulak Eyma ni.

Korang mesti nak tengok kan video gempak Eyma tu. Acah gempak je. Tapi bagi kitorang, video ni paling gempaklah sebab kau bayangkan first time guna software tu terus jadi gempak macamni, gila tak bangga dengan diri sendiri. Kau ingat buat natang ni sehari dua je ke. Berminggu tau, tidur tak cukup, makan siap depan laptop lagi. Sedih aw...

Okaylah, korang tengoklah video hasil tangan Eyma dan sumbangan suara dari rakan group Eyma. Terbaiklah group Potatoes!! Doakan kami dapat markah full dari lecturer, amin.... hehe



Saturday, 27 August 2016

Dugaan nak masuk UTM , Demam pula




Assalamualaikum korang


Esok Eyma mula bergerak ke Johor Bahru , doakan selamat perjalanan kami sekeluarga pergi dan pulang serta segalanya berjalan dengan lancar untuk berdaftar sebagai mahasiswi UTM pada 28 Ogos ini. Alhamdulillah Eyma semakin pulih dari demam sejak beberapa hari lalu demam teruk. Disebabkan faktor kesihatan, banyak kerja Eyma terkendala tetapi syukur alhamdulillah dapat diselesaikan pada akhir-akhir masa.

Korang bayangkan, Eyma dapat job betul-betul time Eyma demam. Dugaan besar. Photoshoot sambil demam, muka macam tempe basi waktu tu. Terpaksa juga sengeh seikhlas mungkin demi mencari rezeki yang halal. Takkanlah nak buat ala kadar. Itu bukan cara Eyma! All must perfect. Orang demam sepatutnya berehat, tidur. Tapi Eyma sampai ke subuh masih tercegat depan laptop buat kerja. Hahaha memang kerja gila. Nak buat macam mana, inilah cara untuk mencari rezeki. Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab permudahkan segalanya. See, segalanya dipermudahkan sebab? Doa kepada Allah. Sejauh mana kesusahan korang, please stay berdoa pada Allah. Allah pasti membantu! 100% guarantee! dan..... solat jangan tinggal, sekali pun jangan. kalau terlepas waktu (tak sengaja), please qada'. Korang takkan rugi apa-apa. Kalau ada masa, bacalah Al-Quran sehelai pun tak apa, yang penting tiap-tiap hari sentuh Al-Quran. Cubalah buat, korang mesti tak percaya apa hasil yang korang buat ni. Believe me. I already try it.

Lagi satu, korang nak tahu tak..... Sangat terkejut apabila dalam masa 2 jam, segala dokumen untuk disahkan, segala urusan di bank dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Tidak rugi kita tidak putus doa kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita. Tak sangka juga esok Eyma akan bertolak ke Johor, demam cepat surut hari ini walaupun semalam dan hari sebelumnya teruk yang amat demamnya. Dengan batuk dan selesema. Perut pula buat hal, kepala pening, loya semua ada. Tapi Eyma still jaga ubat dan makan untuk cepat pulih. Walaupun rasa tak selera nak makan, tapi paksa juga.

Eyma harap sangat masa orientasi Eyma akan kembali pulih sepenuhnya. Eyma taknak jadikan hari pertama di UTM sebagai kenangan pahit untuk Eyma. Eyma taknak terperap dalam bilik kena kuarantin, tak dapat join aktiviti masa orientasi, sangat tak seronok. Disebabkan mental Eyma masih kurang baik, perasaan sedih terbawa-bawa sampai sekarang untuk berjauhan dengan keluarga. Bayangkan perjalanan dari rumah ke UTM ambil masa hampir 10 - 12 jam. Ini kali pertama Eyma berjauhan dengan family. Sebelum ni duduk matrik setakat 30 - 40 minit saja dari rumah. Tapi kali ni paling mencabar untuk Eyma dan family. Kesian juga ayah mama nak hantar Eyma belajar jauh-jauh. Serious, memang menyesal ambil jauh-jauh. Hahaha

Lepasni dapat jumpa family masa raya kat kampung je lah jawapnya. Kampung Eyma di Johor juga. Taklah patah pinggang nak balik kampung lepas ni. Tapi esok confirm bukan setakat patah pinggang, punggung penyek pun ada. Ya Allah, tak dapat bayangkan macam mana seksanya perjalanan jauh. So korang doakanlah perjalanan Eyma nanti tak jem, semua berjalan lancar, tak ada barang yang tertinggal or something wrong happen dan dapat roomate yang gila-gila tak buat orang stress. Dan doakanlah demam Eyma pulih sepenuhnya. Eyma ni jenis kalau jalan jauh confirm mual, pening kepalalah, macam-macam hal Eyma ni. Dengan keadaan demam macamni, Ya Allah, elakkanlah......

Pesanan untuk diri sendiri, dont give up. Please sentiasa bersemangat belajar di sana! Jangan selalu menangis, jangan selalu stress, jangan suka masam je. Senyum selalu! Be good to everyone, make people happy, you will happy too!

Dengan ini, Eyma ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali Eyma tak kiralah di laman sosial or pernah hidup bersama Eyma, Eyma minta maaf sekiranya terkecilkan hati, termasam muka, termarah, terbuat apa-apa kesalahan, maafkan Eyma. Mungkin kesalahan itu Eyma tak sengaja lakukan, atau terpaksa lakukan untuk kebaikan korang. Maaf beribu maaf ikhlas daripada Eyma. Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dengan memaafkan kesalahan orang lain dengan hati yang ikhlas. Amin ya rab.....

Happy to see you, UTM !

Setakat ini sahajalah penulisan Eyma untuk kali ini. Semoga korang turut happy dengan perkembangan Eyma. Saranghae to all my silent readers!!

Saturday, 23 July 2016

Blog Eyma Lydia Kena Hack


Assalamualaikum korang! Betapa kurang asamnya makhluk tersebut kerana berani hack blog Ema. Sempat juga Ema screenshot entri tersebut. Mana dia dapat password blog Ema? Dasyat gila hacker sekarang macam-macam boleh buat. Ya Allah! Tak sanggup nak baca entri tersebut kali kedua! Korang umur bawah 18 tahun, mohon jangan baca entri tersebut yang telah dihack pada 22 July, SEMALAM!!


Taktahulaa Si Boni ni salah log in ke apa, mana dapat password blog Ema haaa?? Kurang asam, masuk blog orang dah la tak bagi salam! Balik kerja nanti siaplah, hempuk pala kasi lunyai! Nakal ngat-ngat aih!

Maaf ye kalian yang terbaca entri tersebut. Mesti korang kata Ema gila, apa dia Ema ni update entri macam orang tak ketahuan. Semua ni salah Boni, tangan gatal nak kena katuk ni! Biasa dia ni . . . . .


Thursday, 21 July 2016

Eyma Lydia Masuk Berita Harian





Assalamualaikum awak-awak.

Semalam 20 July 2016, tengah syok-syok beraya dengan kawan-kawan, tiba-tiba mama call suruh buka telegram. Data Ema dah berkerabat tak beli, so Ema tanyalah kenapa? Suara macam seronok, terkejut pun ada. Mama pun beritahu yang Pak Itam bagitau yang Ema masuk paper Berita Harian. Ema apa lagilahhhh, "SERIOUSLAH???". Sumpah tak sabar nak balik nak tengok paper! Terniat juga nak beli paper BH, tapi masa tu nak pukul 7 dah, so kene balik cepat-cepat juga. Balik je ayah mama depan TV. Ayah kata "haaa tu paper". Pulak dah mesti ayah tengok telegram ni. Ema dengan happynya selak punya selak, Tadaaaa!! MUKA AKU WEEHHHH!!! Ema pun terangkanlah kat ayah mama macam mana muka Ema boleh masuk paper. Halaa mak bapak mana tak terkejut anak dia tiba-tiba masuk paper, pakcik sedara lagi up to date dari Ema apa cita, Hahaha.

Sebenarnya Khairul Amm dari Berita Harian mencari blogger bawah 20 tahun untuk diinterview masuk paper. So Eyma saja try manalah tahu nasib kali ni boleh masuk paper macam kawan-kawan blogger yang lain. Jelous juga sebelum ni tengok newsfeed kawan tu masuk paper sana sini majalah sana sini. Cemburu sangat! Tiba-tiba kali ni rezeki Ema dapat masuk paper. Alhamdulillah dapat juga tingkatkan trafik blog malah kembangkan perniagaan Ema sekarang ni. Btw thank you so much Khairul Amm BH !

Allah bantu Ema banyak sangat belakangan ni. Itulah janji Allah, kita semakin dekat dengan Allah, walau susah mana pun kita, kita banyak buat baik dengan orang, Allah balas berkali ganda! Alhamdulillah bisnes contact lens Ema semakin berkembang. Setiap hari ada saja customer yang berpusu-pusu masuk order. Syukur ya Allah. Walaupun semalam dah start tak ada suara. Hari ni dah start demam. Nak bercakap memang tak termampu. Tapi boleh melantak macam-macam. Tak macam orang demam timah ni , patutlah orang puji timah dah sado. Kuwanjaq!

Kalau korang berminat nak beli contact lens dari Ema, boleh contact melalui Whatsapp 011-37729697. Korang boleh usya-usya gambar contact lens di blog Mr Selfie & Mrs Selfie . Ada lebih 150 jenis contact lens yang Ema update di sana. ORIGINAL IMPORT DARI KOREA. 100% guarantee kalau korang percayakan Ema. Selamat membeli belah ! Hehe

Thursday, 16 June 2016

Selamat Tinggal KMTK


Assalamualaikum semua .

Berkerabat juga ye Eyma tak update entri . Semua ini angkara matrik Eyma . Busy sangat-sangat sampai takde masa nak update entri . Biasalah , Eyma ni 24 jam busy dengan event itu ini , haaa siapa suruh jadi photographer , kan dah kena join semua event ! lepastu assignment bagai . Sakit otak weh ! Tapi serious Eyma cakap , Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah are the BEST college EVER!!

Kenapa? Tadi kata busy sangat , tak penat ke?

Penat memang penat , tapi dalam penat tu , Eyma having lots fun !! Sambil kau join event , kau makin rapat dengan semua orang , kau makin kenal siapa student KMTK , kau makin kenal lecturer kau yang sporting tahap gaban . Seriously , Eyma tak tipu , KMTK ialah tempat pertama yang Eyma rindu lepas habis matrik , Eyma sayang , Eyma taknak tinggalkan .

Dear to all lecturer KMTK ,
You all are the best lecturer ever!!
Semua sporting sangat-sangat, baik teramat, peramah and caring . Mana taknya batch 7 boleh gelak-gelak dengan lecturer , boleh ketawa macam orang gila , boleh melawak sama-sama . For me , lecturer koko are the best ! Kaunselor pun perangai sama-sama kami . Memang cocok lah! Along . . You are the best lecturer i have ! Sentiasa mendengar luahan hati kami semua . Layan kami macam baby . Kami nangis , Along pun nangis . Kami gila pun sama-sama gila . HAHAHA

Teringat pula masa dalam bas , trip hantar para fasilitator pulang ke negeri masing-masing . Eyma pun sibuklah nak join ikut . hehehe . Betullah kata Along , orang terakhir dalam bas akan rasa peritnya kehilangan orang yang kita sayang , orang yang kita baru kenal sepanjang jadi fasi . Setiap stesen mesti menangis . Seorang demi seorang pergi . Ya Allah , sakit . .

Dear to syuhada , you're loser . Kau kalah dengan hati kau . Tak sangka kau pun boleh menangis akhirnya . Hahahaha , seriouslah , kau gila , secantik-cantik kau , kau still cool even ramai cemburu dengan kau . Aku tabek dengan kau syada ! Aku stress , aku moody , tapi kau still boleh nasihat aku , bagi aku happy , faham aku . Serious sayang kau ! Rindu pula nak dengar kau panggil aku , Ajumaaaa . . Hehehe

Berbalik pada cerita  dalam bas . Masa korang satu-satu pergi , korang lambai tangan , air mata korang , i will not forget you all . So . . korang . . Batch 7 KMTK . . Please jaga diri baik-baik . Ingatlah Cik Timah yang sentiasa menjadi paparazzi korang . Hard disk penuh dengan gambar 231 student KMTK . Aku sayang korang ! Entah kenapa aku tiba-tiba rindu nak balik KMTK . Malas belajar , tapi nak lalui zaman bersama dengan korang , bergelak sampai 2 - 3 pagi dalam dom T2.7 iaitu dom burung hantu , dom kaki movie , dom kaki merepek . Rindu nak pergi kelas , pergi kuliah pandang belakang ada yang duk berdengkur. Rindu bergelak-gelak dengan lecturer. Rindu penat buat assignment pagi-pagi buta. Rindu tidur dalam dom rapatkan semua katil. Rindu makan sama-sama. Rindu main layang-layang. Rindu joging, main basikal, main tennis. Rindu curi-curi beli makanan kat luar. Rindu pergi outing dengan korang!

Sayang korang semua !
Tak pernah aku menangis sebab tinggalkan kawan-kawan aku .
Selama aku pindah dari johor , ke KL , ke perak , ke kedah , sampailah ke Matrik , ini kali pertama aku menangis sebab tinggalkan korang ! dan kali pertama aku berasrama , berdikari sendiri for the first time . Demam seminggu homesick plus cirit . First time kena buli dengan kakak senior . Thanks to Along , budak T2.7 , budak C2P6 , budak aras 2 , and aras 1 , koranglah yang buat aku bertahan selama setahun berada di KMTK .

Saranghae KMTK!!!!! THANKS FOR EVERYTHING!!!!!

Sunday, 15 May 2016

Siapa nak Eyma buat tutorial makeup?!

Anyonghasaeyo!!!  Rindu banget sih sama kamu semua ! Tium cikit ! Laga pipi *gedebuk! kiri . gedebuk! kanan*

Good news to you all , actually i dah graduateeeee!!!! *Matrik je pun . . Hmm , Eyma malas sebenarnya nak cerita pasal kenangan sepanjang berada di KMTK (Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah). Takut ada yang sebak sebik sebuk baca entri ni nanti , HAHA .


okay giirrrlsss . . Back to our topic , SIAPA NAK EYMA BUAT TUTORIAL MAKEUP??!! Dari dulu sampai sekarang ramai request suruh Eyma buat tutorial makeup . Dulu ada buat , tapi private balik sebab video tersebut huduuuuhhh yang amat ! So kali ni , insyaAllah Eyma akan buat tutorial makeup yang THE BEST EVERRR lahhh!

So . . korang . . nantikan . . . Hek hek hek . . .

Opp ooppp . . Korang kalau nak beli contactlens dari Eyma , boleh WHATSAPP 011-37729697 ya . . Ada lebih 150 design contactlens yang Eyma jual . . Yang penting , ORIGINAL IMPORT dari KOREA tau . . So korang usya-usyalah dulu gambar-gambar contactlens kat sini . . KLIK SINI . .

Support jangan tak support ! Hehehe , TOLONG FOLLOW INSTAGRAM BISNES EYMA (@mrselfie_mrsselfie) ^.^ Thank you so muchhhhh !