Wednesday, 25 February 2015

8-bit Pixel Art


Chak . .

Art kali ini sememangnya simple yang teramat .
Memang sangat mudah nak dibuat .
Hanya perlukan kemahiran imaginasi sahaja .

Tak sampai setengah jam dah boleh siap .
Hanya menggunakan Photoshop CS 5 sahaja .

Hope you all suka .
Hehehehe

Tak ada apa pun nak dibebelkan .
Hope pembaca suka dengan art-art daripada Eyma .
Kalau nak tengok semua hasil art Eyma , boleh click sini : Lydia's Art .

Okay guys , Tata titi tutu . . .




Monday, 16 February 2015

Cubic Art Barbarian King Clash Of Clans

FINALLY !!

Total jam yang diperlukan untuk menyiapkan Barbarian King adalah selama 10 jam .
Hahhh , lama kan . . Sakit tulang belakang sebab tekun sangat buat minatang ni .
3 hari juga Eyma buat benda ni . Takdelah buat straight dalam satu hari .
Mati den kalau nak layan photoshop 10 jam sehari . . Hehehe


Kalini buat Cubic Art lebih tekun & memerlukan imaginasi yang tinggi .
Sebab Barbarian King pakai banyak sangat accessory .


Gambar atas ni adalah gambar rujukan Eyma untuk create cubic art ni .
Hehehehe , did you see? Imaginasi tu penting gila tau kalau nak buat art ni !!


Nak buat crown pun berjam-jam .
Yelah , guna photoshop takde automatik jadi 3D terus .
Kena buat sendiri side kanan kiri and atas .
Bayangkan berapa ratus Eyma kena create sendiri petak-petak tu .
Hehehe susah kan . .
Tapi bila dah nampak hasilnya confirm nak buat lagi cubic art!


Kalau korang nak tahu idea nak buat Cubic Art ni daripada mana ,
boleh ke entri sebelum ni ---> Cubic Art Charlie Chaplin & Barbarian Level 1
Habis jujur Eyma bagitahu tentang idea Cubic Art ni .
Hek hek hek


InsyaAllah after this Eyma akan cuba create muka Eyma sendiri melalui art ini .
Maybe? Agak-agak jadi tak muka Eyma? Hahaha
Hopefully tak kelakar la .
Kot kot lah nampak macam Nora Danish ke . . HAHA

Okay dah dah , usahlah layan Eyma yang suka merepek kerepek ni .
Hehehehe , see you all again on my next entry !
Thank you so much sudi baca entri ni . Hehe

Kalau nak tengok kesemua art by Eyma Lydia , klik sini !

Okaylah , kita pen off dulu ya . . Tata titi tutu . .


Monday, 9 February 2015

Cubic Art Charlie Chaplin And Barbarian


Tiba-tiba teruja pula dengan hasil seni terbaru Eyma .
Eyma namakan art ini sebagai Cubic Art .
Art ini sama juga seperti tajuk isometri dalam subjek Lukisan Kejuruteraan .
Hehehe , Eyma memang gilakan subjek LK .
Imaginasi anda amat penting kalau nak buat art ini .
Serious bukan mudah , tetapi imaginasi anda memudahkan .
Ewahhh . . .

So , apa pendapat anda ?
Jenguk puas-puas gambar bawah ni eh . Hehehe


Eyma buat art ini lebih 8 jam rasanya . Eyma pun tak ingat .
Tapi ambil masa 3 hari nak siapkan .
Waktu petang-petang je Eyma selalu continue buat art ni .

Sejujurnya , Eyma dapat ilham untuk create art ini daripada game CROSSY ROAD .
Korang boleh install game tersebut melalui smartphone korang .
Hanya kanak-kanak ribena sahaja yang obses dengan game ni . HAHA


Eyma selalu dapat idea untuk create new art after solat .
Art Cubic Charlie Chaplin tu pun Eyma dapat ilham selepas solat .
Tiba-tiba sel-sel otak berhubung suruh Eyma combine art daripada game
CROSSY ROAD untuk create art Charlie Chaplin .


Gambar atas ni mesti korang kenal kan ?
Ada yang teka Barbarian Level 1 . Haha , Kejam kan . Level 1 pulak tu .
Art Cubic Barbarian ni adalah cubaan pertama Eyma masa buat art cubic .
Menjadi kan? Hehehehehe .

Kebanyakan ilham yang Eyma peroleh adalah selepas solat .
Kadang-kadang ada juga tengah solat , tiba-tiba idea terbayang dalam otak .
Alhamdulillah , Allah tolong Eyma .
Itulah realitinya kalau solat 5 waktu .
InsyaAllah rezeki melimpah ruah .

Kalau Eyma stress , idea langsung tak ada .
Even dalam otak suruh buat itu ini , tapi hasilnya tak memuaskan .
Itu sebab seronok jadi designer .
Banyak masa untuk bersantai. Hehehe *sometimes laaa*
After santai-santai , mood jadi elok semula barulah boleh kembali menghadap photoshop .
Masa tu something amazing akan berlaku .
Hasil art akan jadi kemas gila .
In fact , nak buat design ni kena slow-slow .
Kalau buat kelam kabut , art anda akan jadi cincai tahap berak cair .
Percayalah . . . Haha


Semua ini adalah pengalaman daripada Eyma sendiri .
Bukan mudah nak jadi seorang yang berseni .
Mungkin bakat anda pada sebatang pensil , jadi teruskan .
Dont give up .
Teruskan sehingga anda berpuas hati .

Believe on your talent . . *Smile*

Kalau korang nak tengok hasil-hasil art Eyma , boleh ke laman Lydia's Art .
Jenguk jangan tak jenguk ! Hehe