Friday, 30 May 2014

15 juta buat penegar WeChat Speed All Star

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian ♡

Sudah pasti ramai yang tidak menyangka dengan hanya satu permainan, wang tunai beribu ringgit dalam genggaman tangan anda. Pada 19 Mei lalu, WeChat telah melancarkan WeChat Speed All Star Race bersama selebriti popular di Malaysia buat pertama kalinya.

Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan kepada pemain untuk menyertai pertandingan ini. Hanya muat turun applikasi WeChat Speed ke dalam smartphone kemudian Log In menggunakan ID dan Password akaun WeChat anda.

Anda juga berhak memilih pasukan selebriti yang anda suka. Hanya 6 selebriti yang terlibat untuk berlumba dalam WeChat Speed All Star Race. Pasukan Diana Danielle menjadi pilihan Eyma, anda pula?


Eyma mempunyai lebih 1000 rakan WeChat , tetapi hanya Eyma seorang sahaja pemain perempuan WeChat Speed All Star Race. Rasa kagum pula dengan diri sendiri sebab mampu mencapai score 1 juta buat pertama kalinya dan harap-harap bukan buat kali terakhirnya. Ada sesiapa cemburu dengan score Eyma? Hehe.


Untuk pengetahuan anda, bagi setiap markah yang diperoleh hasil perlumbaan anda akan dimasukkan ke dalam senarai ranking pasukan anda. Ranking Eyma boleh dikatakan tahap "boleh la" . Hopefully, boleh capai kedudukan top 3. Nak tahu sebab apa? Jom baca selanjutnya!


Pengiraan markah setiap pasukan adalah hasil tambah daripada markah top 3. Event ini juga berlangsung dari 19 Mei hingga 5 Jun 2014. Hanya top 3 setiap pasukan sahaja yang akan ke peringkat akhir dalam perlawanan ini. Setiap pemain akan bertanding secara langsung di Kuala Lumpur dan pemenang akan memenangi hadiah bernilai RM15,000.

Agak-agaknya, siapakah yang bakal mewakili setiap pasukan selebriti tersebut untuk bertanding pada peringkat akhir nanti? Adakah saya? Ataupun anda?

Tips utama untuk mencapai score 1 juta ++ hanyalah dengan adanya diamonds. Lebih banyak diamonds, lebih banyak peluang anda untuk menang! Jangan biarkan anda melepaskan peluang ini kerana mungkin anda ialah salah seorang calon yang bakal ke peringkat akhir WeChat Speed All Star Race. Jom ikuti perkongsian Eyma untuk mendapatkan diamonds secara MUDAH dan PERCUMA.

Kongsikan Score anda (SHARE)


Paling mudah untuk dapatkan 5 diamonds hanya dengan mengkongsikan (SHARE) score anda di moments WeChat . Tetapi, 5 diamonds hanya sekali sehari sahaja.

Kalau ada gambar KOTAK HADIAH pada bucu button SHARE,
laju-laju klik SHARE tau.
Kotak ini akan muncul pada skrin smartphone anda, hanya menambah ayat atau klik share terus kalau malas berayat.

Jemput rakan anda (INVITE)


Cara termudah untuk mendapatkan diamonds, hanya dengan menjemput (INVITE) rakan anda untuk bermain WeChat Speed . Anda akan mendapat FREE Diamonds mengikut nilai-nilai seperti di bawah :


Tawaran hadiah setiap hari


Kalau setiap hari main game, tapi tak ada bonus, pun boring juga kan? Tapi, WeChat Speed menawarkan pelbagai hadiah menarik setiap hari!

Jika anda log in WeChat Speed setiap hari , anda akan dihadiahkan 1000 coins dan 5 hearts.


 Jika anda log in selama 7 hari berturut-turut pula , anda juga akan mendapat 50 diamonds. Sepanjang hari juga, anda akan mendapat hadiah-hadiah yang menarik seperti Coins, Gas Tank, Fuel Economy dan banyak lagi. Wah wah, kan mudah tu. Hanya slide & klik App WeChat Speed.


Unlocked kereta baru


Kalau anda gunakan kereta Class A, sangat mudah untuk score 1 juta ++. Tak percaya? Ce beli, ce main. Seriously, hampir rambang mataku melihat dua buah kereta baru ni, Apollo dan Explorer. Ada sesiapa yang sudah beli? Apa pendapat anda? Seperti yang Eyma katakan atau terlebih power? Hehe.

Apollo
Explorer

Harga Apollo dan Explorer tak adalah mahal sangat. Nak tahu mana nak cari diamonds sampai beribu-ribu? Jom kita focus pada bonus harian.

Bonus Harian (DAILY BONUS)


Bonus harian, sesiapa boleh dapat. Bukan seorang sahaja, tetapi semua orang boleh dapat. Kalau totalkan semua bonus yang anda dapat, cuba kirakan kos harganya dalam Ringgit Malaysia. See? Sangat rugi kalau tidak merebut peluang kali ini.

Jom completekan bonus harian yang tersenarai di bawah. Manalah tahu, pemain yang completekan bonus harian dapat sagu hati RM1000. Hahahaha *Jangan percaya*


Lengkapkan tugasan anda (TASKS)


Jika TASKS anda lengkap sepenuhnya, total diamonds yang anda akan dapat ialah 1400 diamonds!! WOW!! Kalau macamni, Apollo pun dah boleh beli kan. Hehe, cuba tengok tasks Eyma. Ehem-ehem, ada satu tercicir yang tak lepas lagi. Hehehe.

Klik pada gambar untuk lihat lebih besar

Mungkin ada yang kurang faham bahasa Inggeris, boleh baca translate di bawah :

Bronze Star Events
50 Diamonds ♡ Lengkapkan perlumbaan dan sertai salah satu pasukan .
100 Diamonds ♡ Jemput rakan anda untuk menyertai perlumbaan sebanyak 5 kali .
100 Diamonds ♡ Capai score mencecah 100,000 .

Silver Star Events
50 Diamonds ♡ Lengkapkan perlumbaan dengan menggunakan kereta Kelas B atau ke atas .
150 Diamonds ♡ Kongsikan markah All-Star anda di dalam Moments WeChat .
150 Diamonds ♡ Capai score mencecah 180,000 .

Gold Star Events
200 Diamonds ♡ Capai score mencecah 250,000
300 Diamonds ♡ Mempunyai 25 orang kawan yang bermain
300 Diamonds ♡ Capai kedudukan top 200 dalam pasukan anda

Terlalu mudah untuk merebut beribu-ribu diamonds seperti kacang rebus yang direbus kemudian direbus lagi sekali. Tak perlu korbankan duit anda, hanya menyertai event WeChat Speed All Star Race dan anda boleh menikmati kegembiraan bersama WeChat Speed.

Bukan senang untuk seseorang perempuan main permainan lelaki macam ni dan tiba-tiba hebat pula Eyma jadinya. Eyma beri 10 bintang emas buat WeChat Speed kerana mampu menarik minat kaum wanita yang disangka lembut dan manis ini. Hehe. Jadi jangan ingat saya perempuan, saya tak mampu kalahkan kaum lelaki! Kalau anda mampu menumpaskan saya, anda juga boleh add Eyma di WeChat.

ID WeChat : eymalydia ♡

Semoga happy-happy selalu bersama WeChat Speed. Jangan main sampai jari terbakor sudah. Assalamualaikum!

Tuesday, 6 May 2014

Photoshop CC dan Lightroom semurah RM30

Assalamualaikum semua . .

Cehh . . bangga kejap nak buat entri tak berbayar ini . Almaklumlah saya penat jawap budak-budak asyik tanya di mana nak cari photoshop FREE . Hoho , zaman sudah maju dik . . . Nak free kena patah balik masa . Now , photoshop buat promosi rasanya , sebab before ni takde lah murah macamni .



Eyma rasa Rm29.99 untuk sebulan memang berbaloi sebab package ni combine dengan Photoshop CC dan Lightroom . Perghhh , guna dua-dua minatang ni confirm gambar cantik bak hang!

Jangan risau , photoshop CC sama juga seperi photoshop yang lain . Cuma lebih banyak tools yang lebih awesome than photoshop biasa . Kalau rasa tak reti sangat nak edit , terus ke youtube . Search apa yang korang nak . Kalau masih kata youtube susah , maaf dipinta sebab tak ada benda dalam dunia ni senang . Hehehe




Kalau nak purchase , hanya klik pada PURCHASE FOR RM29.99/mo + LOCAL TAXES . Then akan keluar benda bawah ni .


Senang je nak beli . Tak perlu susah-susah isi no IC , no surat beranak , hobi apa. Takde pun . . . hehehe . So , hope adik-adik yang bercita-cita tinggi nak kalahkan editing Eyma akan berjaya suatu hari nanti . Percayalah , sebab Eyma dulu pun macam tu . Hehehe

Iklan kejap !
Jom belajar photo editing di sini , confirm anda digelar PRO lepas ni . .
Klik sini : Learn Photo Editing