Friday, 14 February 2014

Rahsia Income dan Kulit Putih Gebu Eyma Lydia



Alhamdulillah, akhirnya Double Stem Cell Eyma berjaya dihabiskan tidak sampai sebulan sahaja. Dalam sebulan ini juga semakin ramai yang tertanya-tanya produk apa yang Eyma guna. Eyma bukan sahaja gunakan Double Stem Cell untuk memutihkan kulit Eyma, malah Eyma gunakan kunyit sebagai penghapus jerawat degil dan menambahkan kehalusan pada kulit wajah anda.


Perhatikan warna tangan Eyma

Satu kotak Double Stem Cell ini mempunyai 14 sachet berharga RM250.
Disebabkan Eyma join member Phytoscience, Eyma dapat 2 kotak hanya RM270 sahaja.
Lagipun, if korang join member, bukan setakat dapat membeli Double Stem Cell dengan harga yang murah, malah korang boleh buat duit depan komputer dengan income sebulan cecah RM6000. Nak tahu kenapa?

Hehehehehehehehehe . . . .

Sila contact Eyma di facebook ataupun Whatsapp 0124345332.
Kalau korang nak join member, segala urusan pendaftaran Eyma akan uruskan.
Dan, korang akan dapat Tips Income Eyma Setiap Bulan melalui bisnes ini sahaja.
Hanya orang yang berdaftar dengan Eyma sahaja akan dapat tahu tips ini. Hehehe.

INFO SELANJUTNYA :

Isu tentang Double Stem Cell dikatakan HARAM itu tidak menjadi masalah lagi untuk hari ini. Logo tidak sah sahaja sudah jadi isu besar. Padahal, isi kandungan dalam produk ini semuanya daripada khasiat gabungan buah apple dan anggur. Maka, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Hanya LOGO sahaja. Tetapi isi dalamnya tiada bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam. Takkanlah nasi lemak kedai mamak pun nak kena ada Logo Halal Malaysia baru boleh makan. Hihihi. Lagipun, Double Stem Cell sudah pun mempunyai logo HALAL Malaysia yang sah sekarang ni.

Jadi? Jom ramai-ramai beli Double Stem Cell daripada Eyma. Cehhh . . .

Thursday, 13 February 2014

Aku Gilakan Haqel Faezi Videography


Assalamualaikum semua ♡

Tiba-tiba bulu roma Eyma meremang dan tangan jadi sejuk tiba-tiba. Rasa berdebar-debar hati ini apabila terperasan lebih yang Eyma sedang diijab kabulkan. Hahaha. Itulah Eyma yang sebenar. Bukan Eyma gatal nak kahwin ehhh, tapi Eyma suka tengok pasangan suami isteri berjenaka, mesra-mesra, main cubit pipi, main celek taik hidung. Masa tu nak sentuh sana sini dapat pahala. So Sweet kan . . ♡

Al-maklumlah, Eyma ni sedang menunggu dipinang oleh orang tu tu tu tu. Habis khatam terus Eyma tengok video-video wedding hasil kreativiti jari jemari  Haqel Faezi . Oh My! Serious hasil videonya Extremely Gorgeous! Hati pula tiba-tibe terjatuh cinta pada videonya, bukan orangnya ye. Eyma dah berpunya, sorry sikit!


Cuba korang tengok dua video ini ♡ Sweet, Creative and Perghhh!



Rasa-rasanya wedding Eyma nanti boleh la tempah Haqel Faezi sebagai videographer. Korang mesti akan teriak dan melalak sorang-sorang lepas tengok semua video wedding by Haqel Faezi.

Macam Eyma, Eyma akan khayal sorang-sorang. Tiba-tiba muka pengantin perempuan berubah jadi muka Eyma dan muka pengantin lelaki berubah jadi muka orang tu tu tu tu. Hahaha, serious Eyma ni betul-betul tergilakan keunikan video wedding Haqel sampai terbayang bukan-bukan. *Eh, jangan salah sangka! Hehe*

Pakej yang ditawarkan oleh Haqel Faezi Videography

Berdasarkan pakej yang ditawarkan, harganya begitu murah, cun dan mampu untuk orang-orang sederhana macam kita ni. Nak tahu kenapa Eyma kata harganya cun?

  • Kualiti videonya sangat sharp dan jelas. (Full HD)
  • Bokeh (kabur dibelakang) memang cantik dan terbaik.
  • Setiap babak dalam majlis perkahwinan anda dimasukkan 100% dalam video.
  • Kenangan baju, kasut, songkok, muka Tok Kadi, muka nervous semuanya ada dalam video.
  • Ucapan daripada kawan dari jauh / sedara mara turut terselit dalam video.

Conclusionnya, video yang dihasilkan dan harganya sangat berpatutan.
Janganlah anda risau jika sesetengah babak tidak sempat dirakamkan kerana videographernya ialah seorang insan yang sudah berpengalaman dalam membuat rakaman dan editing video.

Inilah muka ENCIK Haqel Faezi kita. Maaf, dia sudah married lorh and ada anak lelaki yang cute sangat!
Memang tak ada chance untuk gegirl ngorat, Hahaha.

Kenapa Eyma menyokong Production Haqel Faezi Videography ?
Eyma nak kata pro dalam videographer, taklah sangat. Kalau photographer tu, Eyma boleh lah kalahkan Haqel. Hahaha. Jadi, Eyma tahu kos-kos yang terlibat dalam penggambaran serta penat lelah menjadi videographer dan photographer.

Sumpah anda sangat rugi jika tidak menempah Haqel Faezi sebagai videographer dalam satu-satunya majlis teristimewa dalam hidup anda. Jadi? Jom sama-sama share dan sebarkan kekreatifan mereka. Manalah tahu, suatu hari nanti, Haqel menjadi sponsor videographer setiap wedding di Malaysia. Huwehehehe.

Sudah melalak dan teriak? Berminat?
Contact Eyma Lydia di Facebookatau
Whatsapp/SMS Eyma Lydia 0124345332

Jom sokong mereka!
Fanpage Haqel Faezi Videography ♡ KLIK SINI
Laman youtube Haqel Faezi Videography ♡ KLIK SINI

Saturday, 8 February 2014

Tutorial Vibrance Di Photoshop Eyma Lydia ♡

Assalamualaikum adik-adik comel ♡

Kak Eyma ni bukanlah pakar sangat dalam menggunakan Photoshop. Atas permintaan adik-adik yang baru mengenali Photoshop, Kak Eyma berbesar hati untuk mengajar awak semua serba sedikit ilmu Photoshop.

Baiklah, tutorial entri kali ini ialah Vibrance. Apakah itu Vibrance? Search sendiri dekat translate google ye. Malas nak menaip panjang-panjang, Hehe, meh hadam tutorial ini dulu. Jom, Jom!

Eyma suka gambar selepas vibrance sebab nampak macam gambar zaman dulu. Thorbaekkk!

Sebelum Vibrance

Selepas Vibrance

Step 1 ♡

Tekan ADJUSTMENT pada bahagian kanan photoshop.


Step 2 ♡

Klik VIBRANCE seperti dalam bulatan merah yang ditunjukkan dalam gambar.



Step 3 ♡ Terakhir

Adjust VIBRANCE kepada negatif mengikut kesukaan anda.


You're done ♡

After Vibrance

Nantikan tutorial Highlight & Contour seperti dalam gambar di bawah ;)
Suka tutorial ini? Jom ke sini pula ♡ SOKONG BLOG SAYA

Highlight & Contour.


Saturday, 1 February 2014

Cara Penggunaan Photoshop Eyma Lydia ♡

Assalamualaikum wbt .

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini, Eyma tiba-tiba baik hati nak kongsikan rahsia yang selama ini Eyma simpan untuk menghasilkan gambar-gambar sharp dan kelihatan profesional. Rasanya ada orang buat solat hajat supaya Eyma jadi rajin tiba-tiba nak buat entri pasal tips photography. Haha. Jom kita baca selanjutnya!

GAMBAR ASAL

Step 1 ♡

Buka photoshop anda dan fokus kepada bahagian kanan photoshop. Terdapat banyak applikasi-applikasi yang memeningkan kepala anda bukan? Jangan risau, fokus kepada ADJUSTMENTS sahaja.

Jika anda mendapati bahagian kanan photoshop tidak terdapat ADJUSTMENTS, jangan panik! Click pada WINDOWS kemudian klik ADJUSTMENTS.



Step 2 ♡

Setelah anda klik pada bahagian yang dibulatkan berwarna merah itu, anda akan mendapati gambar di bawah muncul.



i- klik pada mana-mana garisan yang anda suka & tarik sedikit ke atas.
ii- klik pada mana-mana bawah daripada titik ( i ) tadi & tarik ke bawah sedikit.

*Sila fahami ayat yang saya tulis yeee atau lihat pada gambar di bawah*


Inilah hasilnya ! Lebih neutral dan tidak terlalu gelap.


Step 3 ♡

And then . . Lihat pada LAYERS.

i- Right Click pada Background
ii- Klik Duplicate Layer


Anda akan mendapati Background copy muncul pada atas Background.


Step 4 ♡

i- Klik Filter
ii- Klik Blur
iii- Klik Surface Blur


 Kotak Surface Blur akan muncul. Di situ anda boleh adjust mengikut kesukaan anda. Eyma hanya letak 5 Radius and 5 Threshold.


Inilah hasilnya! Lebih soft dan tidak ada noise yang mengganggu ketenteraman gambar. Hehe


Step 5 ♡

i- Klik pada Filter
ii- Klik Sharpen
iii- Klik Smart Sharpen


Kotak Smart Sharpen akan muncul dan anda boleh adjust mengikut kesuaian gambar. Eyma hanya adjust 20 Amount dan 60 Radius.


Inilah hasilnya. Eyma tak pasti apa function Smart Sharpen ni. But Eyma dapat lihat, bahagian-bahagian gelap akan lebih jelas dan warna dalam gambar lebih menonjol dan cunnnn . . .


Step 6 ♡ Terakhir

 i- Klik Filter
ii- Klik Sharpen
iii- Klik Sharpen

Eyma akan klik Sharpen (iii) sebanyak 3 kali supaya setiap inci dalam gambar lebih sharp dan jelas.


Finally, inilah hasilnya! You're Done!


Mungkin, orang kata Eyma gila SHARPENER. Hehe, but, itulah rahsia Eyma untuk menghasilkan gambar yang Sharp, Look Profesional and Drop-Dead-Gorgeous

Anda juga boleh request tutorial editing menggunakan software apa-apa aje kepada Eyma. InsyaAllah Eyma akan buat tuto bergambar seperti entri kali ini.

Sekian sahaja tutorial bergambar pada kali ini, Wassalam ;)