Saturday, 1 February 2014

Cara Penggunaan Photoshop Eyma Lydia ♡

Assalamualaikum wbt .

Alhamdulillah, pada hari yang mulia ini, Eyma tiba-tiba baik hati nak kongsikan rahsia yang selama ini Eyma simpan untuk menghasilkan gambar-gambar sharp dan kelihatan profesional. Rasanya ada orang buat solat hajat supaya Eyma jadi rajin tiba-tiba nak buat entri pasal tips photography. Haha. Jom kita baca selanjutnya!

GAMBAR ASAL

Step 1 ♡

Buka photoshop anda dan fokus kepada bahagian kanan photoshop. Terdapat banyak applikasi-applikasi yang memeningkan kepala anda bukan? Jangan risau, fokus kepada ADJUSTMENTS sahaja.

Jika anda mendapati bahagian kanan photoshop tidak terdapat ADJUSTMENTS, jangan panik! Click pada WINDOWS kemudian klik ADJUSTMENTS.



Step 2 ♡

Setelah anda klik pada bahagian yang dibulatkan berwarna merah itu, anda akan mendapati gambar di bawah muncul.



i- klik pada mana-mana garisan yang anda suka & tarik sedikit ke atas.
ii- klik pada mana-mana bawah daripada titik ( i ) tadi & tarik ke bawah sedikit.

*Sila fahami ayat yang saya tulis yeee atau lihat pada gambar di bawah*


Inilah hasilnya ! Lebih neutral dan tidak terlalu gelap.


Step 3 ♡

And then . . Lihat pada LAYERS.

i- Right Click pada Background
ii- Klik Duplicate Layer


Anda akan mendapati Background copy muncul pada atas Background.


Step 4 ♡

i- Klik Filter
ii- Klik Blur
iii- Klik Surface Blur


 Kotak Surface Blur akan muncul. Di situ anda boleh adjust mengikut kesukaan anda. Eyma hanya letak 5 Radius and 5 Threshold.


Inilah hasilnya! Lebih soft dan tidak ada noise yang mengganggu ketenteraman gambar. Hehe


Step 5 ♡

i- Klik pada Filter
ii- Klik Sharpen
iii- Klik Smart Sharpen


Kotak Smart Sharpen akan muncul dan anda boleh adjust mengikut kesuaian gambar. Eyma hanya adjust 20 Amount dan 60 Radius.


Inilah hasilnya. Eyma tak pasti apa function Smart Sharpen ni. But Eyma dapat lihat, bahagian-bahagian gelap akan lebih jelas dan warna dalam gambar lebih menonjol dan cunnnn . . .


Step 6 ♡ Terakhir

 i- Klik Filter
ii- Klik Sharpen
iii- Klik Sharpen

Eyma akan klik Sharpen (iii) sebanyak 3 kali supaya setiap inci dalam gambar lebih sharp dan jelas.


Finally, inilah hasilnya! You're Done!


Mungkin, orang kata Eyma gila SHARPENER. Hehe, but, itulah rahsia Eyma untuk menghasilkan gambar yang Sharp, Look Profesional and Drop-Dead-Gorgeous

Anda juga boleh request tutorial editing menggunakan software apa-apa aje kepada Eyma. InsyaAllah Eyma akan buat tuto bergambar seperti entri kali ini.

Sekian sahaja tutorial bergambar pada kali ini, Wassalam ;)