Thursday, 13 February 2014

Aku Gilakan Haqel Faezi Videography


Assalamualaikum semua ♡

Tiba-tiba bulu roma Eyma meremang dan tangan jadi sejuk tiba-tiba. Rasa berdebar-debar hati ini apabila terperasan lebih yang Eyma sedang diijab kabulkan. Hahaha. Itulah Eyma yang sebenar. Bukan Eyma gatal nak kahwin ehhh, tapi Eyma suka tengok pasangan suami isteri berjenaka, mesra-mesra, main cubit pipi, main celek taik hidung. Masa tu nak sentuh sana sini dapat pahala. So Sweet kan . . ♡

Al-maklumlah, Eyma ni sedang menunggu dipinang oleh orang tu tu tu tu. Habis khatam terus Eyma tengok video-video wedding hasil kreativiti jari jemari  Haqel Faezi . Oh My! Serious hasil videonya Extremely Gorgeous! Hati pula tiba-tibe terjatuh cinta pada videonya, bukan orangnya ye. Eyma dah berpunya, sorry sikit!


Cuba korang tengok dua video ini ♡ Sweet, Creative and Perghhh!



Rasa-rasanya wedding Eyma nanti boleh la tempah Haqel Faezi sebagai videographer. Korang mesti akan teriak dan melalak sorang-sorang lepas tengok semua video wedding by Haqel Faezi.

Macam Eyma, Eyma akan khayal sorang-sorang. Tiba-tiba muka pengantin perempuan berubah jadi muka Eyma dan muka pengantin lelaki berubah jadi muka orang tu tu tu tu. Hahaha, serious Eyma ni betul-betul tergilakan keunikan video wedding Haqel sampai terbayang bukan-bukan. *Eh, jangan salah sangka! Hehe*

Pakej yang ditawarkan oleh Haqel Faezi Videography

Berdasarkan pakej yang ditawarkan, harganya begitu murah, cun dan mampu untuk orang-orang sederhana macam kita ni. Nak tahu kenapa Eyma kata harganya cun?

  • Kualiti videonya sangat sharp dan jelas. (Full HD)
  • Bokeh (kabur dibelakang) memang cantik dan terbaik.
  • Setiap babak dalam majlis perkahwinan anda dimasukkan 100% dalam video.
  • Kenangan baju, kasut, songkok, muka Tok Kadi, muka nervous semuanya ada dalam video.
  • Ucapan daripada kawan dari jauh / sedara mara turut terselit dalam video.

Conclusionnya, video yang dihasilkan dan harganya sangat berpatutan.
Janganlah anda risau jika sesetengah babak tidak sempat dirakamkan kerana videographernya ialah seorang insan yang sudah berpengalaman dalam membuat rakaman dan editing video.

Inilah muka ENCIK Haqel Faezi kita. Maaf, dia sudah married lorh and ada anak lelaki yang cute sangat!
Memang tak ada chance untuk gegirl ngorat, Hahaha.

Kenapa Eyma menyokong Production Haqel Faezi Videography ?
Eyma nak kata pro dalam videographer, taklah sangat. Kalau photographer tu, Eyma boleh lah kalahkan Haqel. Hahaha. Jadi, Eyma tahu kos-kos yang terlibat dalam penggambaran serta penat lelah menjadi videographer dan photographer.

Sumpah anda sangat rugi jika tidak menempah Haqel Faezi sebagai videographer dalam satu-satunya majlis teristimewa dalam hidup anda. Jadi? Jom sama-sama share dan sebarkan kekreatifan mereka. Manalah tahu, suatu hari nanti, Haqel menjadi sponsor videographer setiap wedding di Malaysia. Huwehehehe.

Sudah melalak dan teriak? Berminat?
Contact Eyma Lydia di Facebookatau
Whatsapp/SMS Eyma Lydia 0124345332

Jom sokong mereka!
Fanpage Haqel Faezi Videography ♡ KLIK SINI
Laman youtube Haqel Faezi Videography ♡ KLIK SINI