Thursday, 30 January 2014

Tips Haluskan Kulit Dan Buang Kesan Jerawat ♡


One day, seorang hamba Allah ini telah mengingatkan Eyma tentang bakti-bakti seulas kunyit ketika zaman muda-muda Eyma dulu. Eceh, perasan sekarang dah tua. Baru form 5 je pun! Haha.

Aik? Kunyit?

Hehe, kalau hang nak tahu, kulit Eyma zaman muda-muda dulu sungguhlah licin, bersih, halus tanpa jerawat seketul pun. Dulu, soalan yang paling famous selalu ditanya dekat Eyma ialah " macam mana nak dapatkan yang kulit halus macam Eyma ye? "

Haa . . Zaman tu je lah kulit halus and glowing. Semenjak masuk form 4 dan sekarang ni form 5, dah jadi malas tahap tettt nak tonyoh kunyit dekat muka. Akhirnya, atas perasaan jelous terhadap wajah Lelaki Kacak ini, Eyma pun memulakan rutin rawatan wajah seperti dulu.

Step 1 : Ambil kunyit hidup / serbuk kunyit.

Tumbuk halus-halus kunyit hidup sampailah keluar air-airnya.

Kalau gunakan serbuk, letakkan air pada serbuk itu. Jadikan kunyitnya pekat dan jangan terlalu cair. Nanti susah nak apply dekat muka.

Step 2 : Sapukan dengan penuh kasih sayang dekat seluruh muka anda / sapukan pada tempat-tempat berjerawat / bekas jerawat.

Step 3 : Layan channel Spongebob sambil menunggu kunyit dekat muka kering.

*Tahan sabar jika anda terasa pedih pada muka. Itu lumrah, hehe*

Step 4 : Basuh muka anda menggunakan pencuci muka.

*Eyma gunakan sabun beras, nak beli boleh beli dekat Eyma*

Step 5 : Abaikan kuning pada muka dan jalani hidup anda seperti biasa.

Itulah step-stepnya nak apply rawatan tradisional yang mama Eyma sarankan. Selalunya, Eyma akan manjakan kulit muka Eyma pada waktu malam. Sbeelum tidur Eyma terus basuh muka dan cuci guna sabun beras.

Bila esok pagi, memang muka ada bekas-bekas kuning lagi. Tak perlulah risau sangat. Pagi tu terus cuci muka macam biasa *gunakan pencuci muka ye*. Dan . . . Hilang dah kuning dekat muka!

Haa . . Amacam? Takmau try kah? Now, kulit Eyma makin bersih tanpa jerawat disebabkan apply kunyit ni. Kalau tak percaya, cubalah. Eyma sangat sarankan rawatan kunyit ni. Ecehh, sebut rawatan dah macam dekat spa pula. Haha