Thursday, 30 January 2014

Tips Haluskan Kulit Dan Buang Kesan Jerawat ♡


One day, seorang hamba Allah ini telah mengingatkan Eyma tentang bakti-bakti seulas kunyit ketika zaman muda-muda Eyma dulu. Eceh, perasan sekarang dah tua. Baru form 5 je pun! Haha.

Aik? Kunyit?

Hehe, kalau hang nak tahu, kulit Eyma zaman muda-muda dulu sungguhlah licin, bersih, halus tanpa jerawat seketul pun. Dulu, soalan yang paling famous selalu ditanya dekat Eyma ialah " macam mana nak dapatkan yang kulit halus macam Eyma ye? "

Haa . . Zaman tu je lah kulit halus and glowing. Semenjak masuk form 4 dan sekarang ni form 5, dah jadi malas tahap tettt nak tonyoh kunyit dekat muka. Akhirnya, atas perasaan jelous terhadap wajah Lelaki Kacak ini, Eyma pun memulakan rutin rawatan wajah seperti dulu.

Step 1 : Ambil kunyit hidup / serbuk kunyit.

Tumbuk halus-halus kunyit hidup sampailah keluar air-airnya.

Kalau gunakan serbuk, letakkan air pada serbuk itu. Jadikan kunyitnya pekat dan jangan terlalu cair. Nanti susah nak apply dekat muka.

Step 2 : Sapukan dengan penuh kasih sayang dekat seluruh muka anda / sapukan pada tempat-tempat berjerawat / bekas jerawat.

Step 3 : Layan channel Spongebob sambil menunggu kunyit dekat muka kering.

*Tahan sabar jika anda terasa pedih pada muka. Itu lumrah, hehe*

Step 4 : Basuh muka anda menggunakan pencuci muka.

*Eyma gunakan sabun beras, nak beli boleh beli dekat Eyma*

Step 5 : Abaikan kuning pada muka dan jalani hidup anda seperti biasa.

Itulah step-stepnya nak apply rawatan tradisional yang mama Eyma sarankan. Selalunya, Eyma akan manjakan kulit muka Eyma pada waktu malam. Sbeelum tidur Eyma terus basuh muka dan cuci guna sabun beras.

Bila esok pagi, memang muka ada bekas-bekas kuning lagi. Tak perlulah risau sangat. Pagi tu terus cuci muka macam biasa *gunakan pencuci muka ye*. Dan . . . Hilang dah kuning dekat muka!

Haa . . Amacam? Takmau try kah? Now, kulit Eyma makin bersih tanpa jerawat disebabkan apply kunyit ni. Kalau tak percaya, cubalah. Eyma sangat sarankan rawatan kunyit ni. Ecehh, sebut rawatan dah macam dekat spa pula. Haha

Friday, 17 January 2014

Rahsia Kecantikan Eyma Lydia ♡

Sebulan lebih tak bertentang mata, akhirnya dapat juga bersembang sakan dengan Blogger Manis ni. Buat kali pertamanya dia memuji kecantikan Eyma lalu berkata, "Kenapa muka Eyma makin putih macam cina eh?". Nampak tak pujian direct dia tu, habis kembang hidung Eyma dibuatnya.

Itu baru seorang, ramai lagi yang tegur Eyma makin putih melepak bak mutiara. Amboi, sudah perasan lebih la Eyma ni. Hehehe, jangan marah haaa. Awal tahun ni, Eyma masuk sekolah baru. Maka, pujian pertama daripada kawan-kawan baru membuatkan Eyma tersenyum sampai ke telinga.

Masa boring-boring duduk dalam kelas, Eyma saja makan supplement daripada Iphytoscience. Tiba-tiba sorang mamat ni tegur, "Patutlah putih, makan Double Stem Cell rupanya".

Yes, itulah jawapannya. Eyma ambil supplement Double Stem Cell. Memang tak sangka, sebulan tak face to face dengan kawan-kawan or meet dengan sesiapa, berhasil juga supplement ini ye. Sebenarnya supplement ni tak sampai sebulan Eyma guna, start 21 December 2013 sampailah awal persekolah 1 Januari 2014 barulah orang tegur Eyma makin putih.

Dalam beberapa minggu tu, Eyma hanya makan sehari sepeket sahaja iaitu pada waktu malam. Kalau rajin sikit, waktu pagi ambil sekali. Entahlah Eyma ni, bersepah waktu masa makan DSC ni. Tapi, tak kuduga kulit yang sedikit putih tiba-tiba jadi terlebih putih.

Siap Cikgu BI puji Eyma ada Rossy Cheeks. Rossy Cheeks tu pipi yang pinky. Ewah! Bangga kut. Tak percaya Eyma ada Rossy Cheeks? Mai tengok gambar ni.



So, korang rasa apa? Serious Eyma baru perasan perubahan kulit Eyma lepas warna ketiak kulit muka dibandingkan dengan warna kulit muka gambar dulu. Alhamdulillah, bersyukur dapat kulit cenggini! Hehe, korang taknak ke cuba produk ni sekali?

Satu kotak hanya berharga RM250 ♡
If daftar jadi member hanya RM270 dapat dua kotak ♡ ! ! ! ! !

Rebut sekarang sebelum melepasssss !

*Kalau korang jadi member, korang boleh buat income RM500 sehari. Rugi kalau tak join!*

Inbox/PM/Mesej Eyma dekat Facebook yaaa ♡
Add Eyma di Instagram/WeChat ♡ eymalydia


Friday, 3 January 2014

WeChat Kenakan Cas RM0.37 Setiap Mesej


Lebih 50,000,000 pengguna WeChat wujud sebagai penegar sejati . Namun , wujud beberapa orang hantu yang sengaja menjatuhkan imej WeChat sebagai mata duitan . Baca lebih lanjut untuk ketahui hal sebenar .

0MG please read it !!! ●✅ Hello, Saya DAN DE DEATHSCYTHO pengasas WeChat. Mesej ini adalah untuk memaklumkan semua pengguna kita bahawa kita hanya mempunyai akaun 53million tersedia untuk telefon baru. Pelayan kami baru-baru ini sangat sesak, jadi kami meminta bantuan anda untuk menyelesaikan masalah ini. Kita perlu pengguna aktif kami untuk menghantar mesej ini kepada setiap orang di dalam senarai kenalan mereka untuk mengesahkan pengguna aktif kami yang menggunakan WeChat. Jika anda tidak menghantar mesej ini kepada semua kenalan anda ke WeChat, maka akaun anda akan kekal aktif dengan akibat kehilangan semua kenalan anda. Simbol update automatik pada Smartphone anda akan muncul dengan penghantaran mesej ini. Telefon pintar anda akan dikemas kini dalam masa 24 jam, dan akan menampilkan reka bentuk baru, warna baru untuk chat dan ikon akan berubah dari hijau kepada azul. WeChat akan mula mengenakan bayaran melainkan jika anda seorang pengguna yang kerap. Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 10 kenalan menghantar ini sms dan logo akan menjadi merah pada platform anda untuk menunjukkan bahawa anda adalah pengguna aktif. Esok, kita akan mula mengambil mesej untuk WeChat untuk 0.37 sen. Forward mesej ini kepada lebih daripada 9 orang dalam senarai kenalan anda dan apa yang logo aplikasi pada anda akan berubah makna biru yang anda mempunyai Menjadi pengguna percuma seumur hidup. Mengesahkan ini adalah ikon baru WeChat ☑ [emoji] Hantar kepada semua kenalan anda untuk mengemaskini

Selepas membaca nota "pelik" ini , automatik Eyma tergelak menyerupai kuda . Hekhihihi . . . Semenjak belakang ini , banyak mesej-mesej aduan daripada Promoter WeChat yang bertanyakan sejauh mana kebenaran cas 37sen itu . Semestinya PALSU dan tidak muhasabah .

Kenapa Palsu ?

Jawapannya mungkin anda boleh cari sendiri . Sekiranya , cas dikenakan , automatik page official WeChat di facebook akan memaklumkan dengan segera dalam beberapa tempoh hari sebelum cas dikenakan . Tidak mungkin WeChat sengaja main permainan "suprise" secara mengejut sebegini .

Sepatutnya , dalam hal sebegini anda tidak boleh buat main-main . Jika anda tertangkap kerana menyebarkan hal palsu sebegini , bukankah akan merumitkan lagi keadaan ? Walaupun masalah ini kelihatan kecil dan "biasa" , tetapi tetap tidak boleh dibuat main-main . Sebarang tindakan akan dibuat jika penipuan ini terus disebarkan .

Sekiranya anda semua mempunyai sebarang pertanyaan , boleh terus ke page Jom WeChat . Jangan malu jangan segan . InsyaAllah , kami akan bantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tentang WeChat yang anda alami . 

Jangan lupa update WeChat Versi 5.1 ya semua . Lebih banyak game menarik & emoticon FREE khas untuk anda . Lets WeChat !

#Usah berdengki kerana Allah akan memurkai manusia yang suka berdengki-dengki#

Wassalam ♡