Thursday, 25 December 2014

Dulu VS Kini



Dulu VS Kini

Mana lagi molek ? HAHAHA
Gambar atas ni , sebelah kiri , rasanya masa darjah 6.
Tengoklah cara Eyma pakai tudung time kecik-kecik.
Dah macam orang tak terurus.
Cara selfie pun buat muka bajet, HAHAHA

But, sebelah kanan comei kan? HAHA
Tak sangka pula sekarang ni dah pandai berdandan, makeup, dan kemas.
Perubahan sangat ketara lepas masuk zaman sekolah menengah.
Maybe masa tu dah matured. Ecehhh....


Gambar atas ni pula masa sekolah rendah darjah 6 juga.
Did you see? Dulu rimas sangat kalau lipat tudung.
Lebih selesa pakai tudung serabut-serabut.
Kalau tanya kenapa, Eyma pun taktahu jawapannya.


Eyma mengaku okay, dulu Eyma jenis ROCK.
Tengoklah gambar atas tu.
Selalunya lelaki yang buat gaya Eyma dalam gambar atas.

HAHA, serious laaa.....
Eyma rock, gangster, ganas.
But.... Eyma jenis ceria yang over gila!

Bila jumpa kawan-kawan, saje-saje salam macam orang alim.
Bajet kan. HAHA
Dulu Eyma suka buat lawak.
Buat-buat macam nak terjatuh depan kawan.
Kawan-kawan pun gelak.
Tah pape kan lawak Eyma dulu?
HAHAHAHA



Dan.... gambar atas ni serious lawak.
Tengoklah gigi Eyma. Orang panggil " sumbing ".
Well, orang ganas macam Eyma memang patut gigi patah separuh.
Nasib sekarang boleh tambah simen kat gigi.
So, jadilah gigi macam sekarang.

But, dulu tiap-tiap tahun kena gi tukar simen gigi sebab tercabut.
Ganas sangat time makan sampai terpatah balik simen tu.
Suddenly Eyma terjumpa doktor pakar time form 3.
Sampai sekarang simennya tak tercabut.
Ohhhyeahh!!

Inilah rahsia besar yang ramai tak tahu.
Hehe, but now you dah tau.
Kalau perhati gigi depan Eyma, nampak pelik sikit.
Sebab akar gigi dah buang. So gigi depan Eyma ni dah mati.

Well, Eyma tak kesah pun.
Sebab salah sendiri lari-lari sambil gelak sampai terjatuh tersembam.
Hehehehehehe


Gambar atas ni masa raya 2011.
Tahun tu bajet ala-ala Heliza Helmi.
Serious suka gila kat Heliza tahap nak terkentut!!
Sanggup pakai lens sambil buat muka macam Heliza.
Tapi nampak gedik gila.
Haha , sedar pun sekarang ni.


HAHAHA, gambar atas ni terjumpa time belek-belek album lama.
Tiga-tiga tengah berlawan buat muka paling hodoh.


Gedik laa gambar atas ni.
Buat muka macam Heliza pulak dah.
HAHAHA


And finally !! I found this picture !!
Darjah 4 kot? Darjah 5 kot? Entah la . . Lupa . .
Kalau nak tahu mana satu Eyma, tu haaa, paling gemok tu.
Kiri sekali, barisan atas.

Time ni buat persembahan menari masa hari anugerah SK Bandar Tun Razak.
Ayah tak kasi pakai seksi-seksi.
Tapi seksi juga. Hehehehe

So, setakat ni jela throwback Eyma time kecik-kecik.
Comel dulu comel lagi sekarang, HAHAHA
Tak sangka pula sekejap je masa berlalu.
Tengok-tengok dah nak jadi bini orang dah.
OPSSS!!!

Okaylah awak-awak. Terima kasih tau sebab baca entri ni.
Singgah lagi eh , Hehehe


Wednesday, 3 December 2014

Freedom From SPM !!! Ohyeahh !!! ♡


Ohhhyeahhh!! . . Eyma freedom sudah after menempuhi dunia SPM yang agak mencabar koootttt, hahahaha, I malas nak fikir balik pasal SPM . Sebab . . . .

SPM TAHUN NI SANGAT-SANGAT MENGGILA !!

I do no why , they put KBAT questions on all paper include mathematics , physics & chemistry . Of course laaa I rasa bengang , Uhukss T_T

KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

I suka je soalan KBAT , tapi tak boleh tahan soalan KBAT masuk dalam Math Moden & Addmath . Hayooo , nasib baik Math I boleh jawap soalan KBAT , ada sampai menangis-nangis tak dapat jawap . Yes I know , mereka target A . Then bila ada soalan yang tak dijangka keluar tahun ni & bentuk soalan terbaru yang lain daripada yang lain , dorang menangis gila-gila macam orang gila . Yes , I rasa kesian kat dorang tau . Uhukss !!

Memang pelikssss soalan KBAT boleh masuk dalam Math . But serious , pembuat soalan ni sangat kreatif sebab reka soalan yang mencabar & ubah bentuk soalan dalam nombor kepada soalan bertulis . First buka paper , otak Eyma tiba-tiba jadi celaru bila terjumpa soalan pelik macam ni . Yes , pelik sangat . . But Eyma cuba untuk mind set elok-elok and try soalan lain dulu . Then last minute baru dapat ilham . HAHA , yes I do it !!

What ever I do , Yes I do my best ! Dapat keputusan A or B or C or D , Eyma bersyukur sebab Eyma sanggup berjaga malam untuk study . Eyma sanggup tidur 2 jam je tau , so hard . . . Ehem , I do this on Physics paper only . HAHA

On 27 November 2014 , I'm FREEDOM !! But my friends not freedom yet . Hmmm , so bored . Bila chat je dekat whatsapp , always krik krik . . But the funny things is . . . Picnic with them !! Ohhyeah !!

♡ 30 November 2014 ♡

Mira , Fauzani , Syuhada , Fakhrul

Ain, Syuhada, Fauzani, Eyma, Syarifah

Syuhada, Eyma

Eyma, Mira, Syuhada, Maisarah, Fauzani


Eyma, Ain, Syarifah, Syuhada, Mimi, Izzah, Arfah, Maisarah, Fauzani, Hanis, Mira, Iqa, Dayah, Uzma

Eyma, Ain, Syarifah, Syuhada, Mimi, Izzah, Arfah, Maisarah, Fauzani, Hanis, Mira, Iqa, Dayah, Uzma


The last pic is amazing, HAHAHA !!


Thats all for my throwback day , Thank you for singgah . . . Hehehehe .

btw, Im fat already . HAHAHA


Monday, 22 September 2014

Review Shawl Berjahit 1001 Gaya

Assalamualaikum sayang-sayangku . . .

Wah! Rindunya sama blog comel ini . Ehh, biarlah nak rindu ke apa . . Jealous la tu . . Well , exam trial SPM sudah pun berlangsung . . Dengan selambe badaxxxnya Eyma membiarkan sawang-sawang ini menyawangkan blog Eyma yang bersawang ini . Hahaha *memang tak lawak , tapi gelak la !

Apa-apa pun , sila berbangga sebab saya sudah kembali dengan wajah yang lebih jelita . . Haha , tak main-main okay . My daddy puji Eyma jelita tau . AAAWWW !! Ni yang makin sayang ni . . Hehehe


See . . Jelita kan . . Haha , maaf sebab terlebih perahsantan . Sebenarnya , entri kali ini lebih focus kepada shawl yang Eyma gayakan dalam gambar di atas . Apa macam ? Cantik kan ? Eh , tak tipu tak bohong . . Eyma sendiri tergugat iman tengok shawl ni . Nak tahu kenapa ? Hehe , Meh baca selanjutnya . .

Keistimewaan

Shawl ini lain daripada yang lain tau . Kalau cari di mana-mana kedai  , memang tak akan jumpa ! Ini kali pertama Eyma tengok shawl berjahit sebegini . Mengikut testimoni Eyma sebagai pengguna shawl berjahit ini :
  • Mudah untuk dililit
  • Tidak berbelit-belit
  • Pelbagai gaya boleh digayakan
  • Tidak rimas
  • Lembut
  • Sejuk
  • Mudah dibentuk

Eyma suka jenis kain jojet ini (Seperti dalam gambar) . Hanya satu sebab sahaja , mudah dibentuk . Biasalah , muka Eyma kan bulat , lilit guna pashmina nampak peliksss , pakai tudung bawal confirm bengkang bengkok . Nampak serabut Eyma dibuatnya . . So , this one sahaja yang sesuai untuk Eyma . Maybe , you have to try this SHAWL BERJAHIT !!


Harga Macam Mahal Je?

Buat gadis-gadis yang risau gila dengan harga shawl ini , maybe kena buang rasa risau itu . Sebab . . harganya tak macam harga sebuah bangaloo atau kondominium . Hehehe , meh jenguk harga meh . . .


Siapa kata mahal ? Standard la tu kan ikut zaman sekarang . Hehe .

Pelbagai Warna , Jenis kain & Corak

Okay, part ini paling special buat gadis-gadis di luar sana . Pilihan warna terpulang kepada anda . Pilihan warna mengikut warna kain yang ada di kedai kain . Warna bandung ada , jus oren ada , biru kura-kura ada (turqoise) , dan macam-macamlah ada . Lepas ni , tak perlu dah singgah kedai sana sini situ cari warna tudung kesukaan anda , sekarang mudah saja . Just asking us what you want . . Hehe , An an ann . . .

Jenis kain pula , ada jenis satin juga! wahhh . . apatah lagi yang bercorak pun ada . . Hehe , nak corak apa ? Mai habaq mai . . Macam-macam adoooo . . Kalau nak tahu corak-corak tudung tersebut , kenalah baca selanjutnya dulu . .

Cara Menggayakannya

Cewah , nak gayakan macam mana pun , terpulang kepada anda . Bagi penggemar tudung syria , Shawl Berjahit ni pun sesuai dibentuk seperti tudung syria . Tak percaya ? haaa . . meh tengok tutorial bergambar di bawah .

Gaya Pertama


Gaya Kedua




Taraaa . . comel kan . . . Nak belit apanya ? Sikit pun tak berbelit . So , apa lagi . . takkan takmau beli kut . .

Opss opss . . Lupa nak beritahu , Shawl Berjahit yang Eyma gayakan dalam gambar merupakan gaya seakan-akan tudung Heliza Helmi , Hehehe . Kan dah habaq , macam-macam gaya boleh tau !

Nak beli? Jom order!

Mudah sahaja untuk membuat tempahan , anda boleh hantar SMS atau whatsapp ke nombor ini , 0194183714 atau mesej sahaja melalui akaun Facebook milik founder tudung ini , Fassas Najihah Murfikah .

Kemudian , korang boleh request jenis kain , corak & warna apa yang korang nak . InsyaAllah , kakak cantik kita akan tunaikan . Semoga bergembira dapat shopping tudung bau kedai !! hehehe , Assalamualaikum , Syukran . . .


Terimalah senyuman saya yang jelita ini , HAHAHA

Tuesday, 10 June 2014

Belajar Edit Gambar Profesional

Eyma rasa Eyma yang syok sendiri edit gambar jadi macamni . Lalala . Yang penting , Learn Photo Editing sangat membantu para photographer ! Tak percaya ? Malas kawan kang . .

Gambar di bawah adalah hasil menggunakan tips-tips daripada LPE . Bagi Eyma , gambar kali ni sangat laaaahhhhhhh sharp, contour yang stabil dan texture seluruh gambar memang thumb up!


Ini kita share sikit gambar daripada awal edit sampailah final. Tak susah mana, cuma beberapa minit sahaja nak edit.

Maaf sebab ada conteng pen merah + orang lidi. Time selfie ada perosak gambar, HAHA.

Gambar ORIGINAL

 Gambar di bawah, Eyma sudah burn + highlight. Adik Eyma kata macam kartun, betul ke? Dia tu mana boleh percaya, Kah kah kah.


Now, boleh perhatikan pada mata. Shining sikit-sikit je.


Maybe ramai yang tahu Eyma suka edit gambar macam kat bawah. Hehehe. Eyma guna black & white. Tapi, jadi coklat pula bila masuk dalam blog. Entoh ler.


Then, main sharp-sharp and tone cahaya. So, jadilah macam gambar di bawah.


Akhir sekali, tambah sikit effect cahaya pada bahagian pipi and burn sikit pada bahagian yang gelap. See! Simple simple simpleeeee . . . .


Siapa kata susah nak edit? Yang kata susah tu, sebab tak pernah mencuba. Betul tak? Kan . . . Kalau nak suruh Eyma share macam mana Eyma edit, maybe tak boleh. Sebab idea-idea editing semua ni daripada Learn Photo Editing. Kang tak pasal-pasal kena saman.

Alah, LPE tak mahal mana. RM80 lebih sahaja. Ada sebahagian tutorial adalah tutorial berbentuk video. Tutorial dia pula tak laju mana , memang sangat teliti . . kalau ada yang baru nak belajar edit-edit, Eyma syorkan beli LPE. Tak tahu button save pun dia tunjuk.

InsyaAllah, after this Eyma akan sharekan hasil-hasil editing menggunakan LPE. Eyma tak menyesal korbankan RM80, percayalah . . Berbaloi . . . .

Friday, 30 May 2014

15 juta buat penegar WeChat Speed All Star

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian ♡

Sudah pasti ramai yang tidak menyangka dengan hanya satu permainan, wang tunai beribu ringgit dalam genggaman tangan anda. Pada 19 Mei lalu, WeChat telah melancarkan WeChat Speed All Star Race bersama selebriti popular di Malaysia buat pertama kalinya.

Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan kepada pemain untuk menyertai pertandingan ini. Hanya muat turun applikasi WeChat Speed ke dalam smartphone kemudian Log In menggunakan ID dan Password akaun WeChat anda.

Anda juga berhak memilih pasukan selebriti yang anda suka. Hanya 6 selebriti yang terlibat untuk berlumba dalam WeChat Speed All Star Race. Pasukan Diana Danielle menjadi pilihan Eyma, anda pula?


Eyma mempunyai lebih 1000 rakan WeChat , tetapi hanya Eyma seorang sahaja pemain perempuan WeChat Speed All Star Race. Rasa kagum pula dengan diri sendiri sebab mampu mencapai score 1 juta buat pertama kalinya dan harap-harap bukan buat kali terakhirnya. Ada sesiapa cemburu dengan score Eyma? Hehe.


Untuk pengetahuan anda, bagi setiap markah yang diperoleh hasil perlumbaan anda akan dimasukkan ke dalam senarai ranking pasukan anda. Ranking Eyma boleh dikatakan tahap "boleh la" . Hopefully, boleh capai kedudukan top 3. Nak tahu sebab apa? Jom baca selanjutnya!


Pengiraan markah setiap pasukan adalah hasil tambah daripada markah top 3. Event ini juga berlangsung dari 19 Mei hingga 5 Jun 2014. Hanya top 3 setiap pasukan sahaja yang akan ke peringkat akhir dalam perlawanan ini. Setiap pemain akan bertanding secara langsung di Kuala Lumpur dan pemenang akan memenangi hadiah bernilai RM15,000.

Agak-agaknya, siapakah yang bakal mewakili setiap pasukan selebriti tersebut untuk bertanding pada peringkat akhir nanti? Adakah saya? Ataupun anda?

Tips utama untuk mencapai score 1 juta ++ hanyalah dengan adanya diamonds. Lebih banyak diamonds, lebih banyak peluang anda untuk menang! Jangan biarkan anda melepaskan peluang ini kerana mungkin anda ialah salah seorang calon yang bakal ke peringkat akhir WeChat Speed All Star Race. Jom ikuti perkongsian Eyma untuk mendapatkan diamonds secara MUDAH dan PERCUMA.

Kongsikan Score anda (SHARE)


Paling mudah untuk dapatkan 5 diamonds hanya dengan mengkongsikan (SHARE) score anda di moments WeChat . Tetapi, 5 diamonds hanya sekali sehari sahaja.

Kalau ada gambar KOTAK HADIAH pada bucu button SHARE,
laju-laju klik SHARE tau.
Kotak ini akan muncul pada skrin smartphone anda, hanya menambah ayat atau klik share terus kalau malas berayat.

Jemput rakan anda (INVITE)


Cara termudah untuk mendapatkan diamonds, hanya dengan menjemput (INVITE) rakan anda untuk bermain WeChat Speed . Anda akan mendapat FREE Diamonds mengikut nilai-nilai seperti di bawah :


Tawaran hadiah setiap hari


Kalau setiap hari main game, tapi tak ada bonus, pun boring juga kan? Tapi, WeChat Speed menawarkan pelbagai hadiah menarik setiap hari!

Jika anda log in WeChat Speed setiap hari , anda akan dihadiahkan 1000 coins dan 5 hearts.


 Jika anda log in selama 7 hari berturut-turut pula , anda juga akan mendapat 50 diamonds. Sepanjang hari juga, anda akan mendapat hadiah-hadiah yang menarik seperti Coins, Gas Tank, Fuel Economy dan banyak lagi. Wah wah, kan mudah tu. Hanya slide & klik App WeChat Speed.


Unlocked kereta baru


Kalau anda gunakan kereta Class A, sangat mudah untuk score 1 juta ++. Tak percaya? Ce beli, ce main. Seriously, hampir rambang mataku melihat dua buah kereta baru ni, Apollo dan Explorer. Ada sesiapa yang sudah beli? Apa pendapat anda? Seperti yang Eyma katakan atau terlebih power? Hehe.

Apollo
Explorer

Harga Apollo dan Explorer tak adalah mahal sangat. Nak tahu mana nak cari diamonds sampai beribu-ribu? Jom kita focus pada bonus harian.

Bonus Harian (DAILY BONUS)


Bonus harian, sesiapa boleh dapat. Bukan seorang sahaja, tetapi semua orang boleh dapat. Kalau totalkan semua bonus yang anda dapat, cuba kirakan kos harganya dalam Ringgit Malaysia. See? Sangat rugi kalau tidak merebut peluang kali ini.

Jom completekan bonus harian yang tersenarai di bawah. Manalah tahu, pemain yang completekan bonus harian dapat sagu hati RM1000. Hahahaha *Jangan percaya*


Lengkapkan tugasan anda (TASKS)


Jika TASKS anda lengkap sepenuhnya, total diamonds yang anda akan dapat ialah 1400 diamonds!! WOW!! Kalau macamni, Apollo pun dah boleh beli kan. Hehe, cuba tengok tasks Eyma. Ehem-ehem, ada satu tercicir yang tak lepas lagi. Hehehe.

Klik pada gambar untuk lihat lebih besar

Mungkin ada yang kurang faham bahasa Inggeris, boleh baca translate di bawah :

Bronze Star Events
50 Diamonds ♡ Lengkapkan perlumbaan dan sertai salah satu pasukan .
100 Diamonds ♡ Jemput rakan anda untuk menyertai perlumbaan sebanyak 5 kali .
100 Diamonds ♡ Capai score mencecah 100,000 .

Silver Star Events
50 Diamonds ♡ Lengkapkan perlumbaan dengan menggunakan kereta Kelas B atau ke atas .
150 Diamonds ♡ Kongsikan markah All-Star anda di dalam Moments WeChat .
150 Diamonds ♡ Capai score mencecah 180,000 .

Gold Star Events
200 Diamonds ♡ Capai score mencecah 250,000
300 Diamonds ♡ Mempunyai 25 orang kawan yang bermain
300 Diamonds ♡ Capai kedudukan top 200 dalam pasukan anda

Terlalu mudah untuk merebut beribu-ribu diamonds seperti kacang rebus yang direbus kemudian direbus lagi sekali. Tak perlu korbankan duit anda, hanya menyertai event WeChat Speed All Star Race dan anda boleh menikmati kegembiraan bersama WeChat Speed.

Bukan senang untuk seseorang perempuan main permainan lelaki macam ni dan tiba-tiba hebat pula Eyma jadinya. Eyma beri 10 bintang emas buat WeChat Speed kerana mampu menarik minat kaum wanita yang disangka lembut dan manis ini. Hehe. Jadi jangan ingat saya perempuan, saya tak mampu kalahkan kaum lelaki! Kalau anda mampu menumpaskan saya, anda juga boleh add Eyma di WeChat.

ID WeChat : eymalydia ♡

Semoga happy-happy selalu bersama WeChat Speed. Jangan main sampai jari terbakor sudah. Assalamualaikum!

Tuesday, 6 May 2014

Photoshop CC dan Lightroom semurah RM30

Assalamualaikum semua . .

Cehh . . bangga kejap nak buat entri tak berbayar ini . Almaklumlah saya penat jawap budak-budak asyik tanya di mana nak cari photoshop FREE . Hoho , zaman sudah maju dik . . . Nak free kena patah balik masa . Now , photoshop buat promosi rasanya , sebab before ni takde lah murah macamni .



Eyma rasa Rm29.99 untuk sebulan memang berbaloi sebab package ni combine dengan Photoshop CC dan Lightroom . Perghhh , guna dua-dua minatang ni confirm gambar cantik bak hang!

Jangan risau , photoshop CC sama juga seperi photoshop yang lain . Cuma lebih banyak tools yang lebih awesome than photoshop biasa . Kalau rasa tak reti sangat nak edit , terus ke youtube . Search apa yang korang nak . Kalau masih kata youtube susah , maaf dipinta sebab tak ada benda dalam dunia ni senang . Hehehe




Kalau nak purchase , hanya klik pada PURCHASE FOR RM29.99/mo + LOCAL TAXES . Then akan keluar benda bawah ni .


Senang je nak beli . Tak perlu susah-susah isi no IC , no surat beranak , hobi apa. Takde pun . . . hehehe . So , hope adik-adik yang bercita-cita tinggi nak kalahkan editing Eyma akan berjaya suatu hari nanti . Percayalah , sebab Eyma dulu pun macam tu . Hehehe

Iklan kejap !
Jom belajar photo editing di sini , confirm anda digelar PRO lepas ni . .
Klik sini : Learn Photo Editing


Thursday, 27 March 2014

Rahsia Produk Makeup Eyma Lydia


Lazy mood but Beautiful day ♡ Sekarang musim selesema agaknya, sampaikan orang ramai boleh keliru mana satu hidung Eyma, mana satu idung badut. Hahaha. Simple entry for today. Hope all ladies enjoy it !






Eyeliner ♡ Hyper Glossy Liquid Liner from Maybelline


Eyebrow ♡ Simplysiti Auto Eye Liner (Blend Brush) and Maybelline Crayon Liner Brown

Eyelashes ♡ Red Cherry Natural Eyelashes #WSP from Colours Cosmetics Malaysia


Face Primer ♡ NYX Studio Perfect Primer (SPP) Lavender


BB Cream ♡ Ginvera