Tuesday, 3 December 2013

Review online shop: By Puji

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .

Tiba-tiba mood hari ini mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu join kontes sambil review. Memandangkan Cik Eyma ini seorang penegar bab-bab review, memang bertuahlah terserempak dengan status adik manis Fatin Diana tentang segmen Review online shop By Puji.


Lihat pada gambar di atas tertulis by puji. Pada awalnya, memang Eyma pecah otak meneka apakah by puji ni. Nama orang? Perasaan? Almari? Teddy Bear? Daripada menyusahkan diri memerah otak, Eyma terus ke laman sosial Facebook Fanpage By Puji. Apabila meneliti muka depan fanpage By Puji, tiba-tiba mata Eyma berkilau-kilau entah kenapa.

Rupa-rupanya, By Puji ini penjual tudung esklusif tahap GABAN!


By Puji merupakan sebuah team pengeluar, penjual & pemilik tudung trendy, classic dan pelbagai design-design terkini yang HANGAT di pasaran. 

Siapa Pemilik By Puji?

Team By Puji ini terdiri daripada 3 kakak manis iaitu :
♡ Khamsiah Zambri
♡ Akin Zanudin
♡ Azza Ahmad

Kenapa Wajib Beli Shawl di By Puji?

Ingin tampil bergaya? Mencari shawl yang classic? Trending terkini? Design yang WOW? Jenis kain shawl yang lembut, sejuk dan tidak panas?

By Puji mengediakan pelbagai pilihan warna dan keunikan shawl yang luar biasa! Pss.. Kalau nak tahu, harganya pun murah-murah tau. Murah tak semestinya tidak berkualiti. Tak percaya? Jom kita cuci mata melihat design-design sexy shawl By Puji.



Bagaimana? Berminat? Murah kan? Harganya lingkungan RM30 - RM40 sahaja. Tak rasa terliur ke nak mencuba shawl-shawl unik By Puji?

Jom beli di By Puji


Aik? Shawl sahaja?

Nantikan kemunculan tudung bawal, tudung syria dan tudung awning By Puji!

Kepada Cik Adik Manis dan Kak Cik yang sudah membaca entri ini, bolehlah singgah ke Fanpage atau Intagram By Puji untuk lihat lebih banyak koleksi shawl yang menarik. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda yang gilakan shawl AWESOME macam By Puji ni. Semoga bershopping sambil senyum manis ♡

Monday, 2 December 2013

BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD


Assalamualaikum pembuka tirai kata,
Buat pertama kalinya Eyma menyertai kontes yang agak awesome anjuran Cik Abang Ejulz. Entah nak panggil abang atau adik. Pagi tadi bukak inbox facebook, ada seorang adik manis ini minta Eyma tolong likekan gambar kontes Blogger Gempak 2013. Jadi, dengan relanya Eyma tolonglah likekan juga. Nanti Kecil hati, padah pada nama pula. Tak pasal-pasal, Eyma digelar Cik Sombong. Sumpah tak suka!

Kemungkinan, adik manis ni tak tahu yang Eyma ni pun seorang blogger HEBAT di Malaysia. Ceh, diri sendiri je yang perasan agaknya. Mungkin orang nampak Eyma ni jenis tak layan kontes-kontes. Memandangkan lemak sudah diternak beberapa hari duduk dalam bilik saja, Eyma nak juga merasai dunia blogger yang katanya persaingan sengit juga. Tetapi, bagi Eyma dunia blogger yang kelihatan besar tetapi sebilangan kecil sahaja blogger yang mantap-mantap termasuk Eyma. Ewahh. Makin berlemak perasan lebih dalam diri ni.

Apa-apa pun, Eyma nak syorkan hampa-hampa semua join kontes ini sebelum tamat tarikhnya iaitu pada 4 Januari 2014. Rasanya time tu dah start sekolah. Eyma pula yang bakal menduduki SPM pada tahun itu. Ya Allah, copek benor masa berjalan ye. Semuanya kekuasaanNya yang Maha Agung. Jom sama-sama kita lawan siapa menang!
Berita baik untuk semua blogger Malaysia!

Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!

Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)

Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]

4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIKE TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^

JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.