Sunday, 29 September 2013

Makeup Inspired Mulan


IKLAN : Jom join Kontes Review Klinik Cinta

Toink toink. Nampaknya aku semakin rajin meluangkan masa bersama barang-barang makeupku. Memandangkan aku dah lama tinggalkan dunia kecantikan , kesian makeup-makeup aku kekurangan kasih sayang aku. huwiiii.

Cantik pula guna camera Samsung Galaxy Tab 3 aku ni , Kahkah

Nampak tak muka aku ? Betapa pffttttt nya. Tak macam Mulan pun. Dah macam cekodok durian aku tengok. Berangan jelah nak tiru muka Mulan.

Aku ni pun , terhegeh-hegeh nak masuk kontes makeup disneyland. Lepas makeup comel-comel , Tengok-tengok tarikh luput dia , 5 Oktober. Pergh , mana sempat nak pomote dalam masa 5 hari.

Aku tengok pesaing pun ramai. Tapi dari segi makeupnya , confirm aku akan dipuji. Kahkah. Perasannya aku ni. Anda kena memahami bila berjumpa dengan orang perah santan macam aku ni.

Inilah barang makeup aku yang baru lepas kenyang telan kasih sayang aku

Nak kata aku ni pandai makeup , semestinyalah aku akui YA. Kalau pakcik makcik berminat nak tempah makeup daripada Cik Eyma , bolehlah berhubung ke pesbuk Eyma na. Jangan risau kalau Eyma tak balas mesej pada jam 2 pagi , masa tu dah terbongkang atas katil. Sapa suruh mesej pepagi buta.

Pastikan mesej petang-petang dan malam . Kalau malam sangat , Eyma nak kena pokpok kan baby tidur. Hahahaha. Bila aku beranak pun tak tau.



Sunday, 22 September 2013

Jom Sertai Kontes Review Klinik Cinta ♡



Masih ingat lagi pemilik blog Eyma Lydia Dot Com ? Haha , kalau tak kenal memang Eyma kasi penyepak sekilo . Sepanjang Eyma mendiamkan diri , Eyma sedar dan tahu bahawa terlalu ramai yang merindui Eyma . Wah , bangga dan perasannya diri ini .

Biasalah , apabila diri ini sentiasa busy menguruskan anak sebuah kontes yang hangat di pasaran dunia belog-belog iaitu Kontes Review Klinik Cinta buat kali pertamanya telahpun dilancarkan pada hari ini iaitu 22 September 2013 hasil daripada sokongan krew-krew Klinik Cinta termasuk orang ramai .

Anda seorang blogger ? Suka menulis ? Kulit wajah kasar ? Gemar menggeledah blog Cinta ? Kelayakan anda sangat mencirikan seorang blogger yang layak untuk menyertai kontes ini , tetapi kelayakan anda tidak mampu melepasi kelayakan Eyma . Hahaha


Rugi tau kalau korang tak join . Hadiah yang bernilai hampir mencecah RM600 menanti ada !

Kalau Eyma nak masuk kontes ini , confirm menang . Disebabkan Eyma salah seorang krew Klinik Cinta Dot Com , tak boleh lah Eyma menyelah dalam kontes ini . Kalau sesiapa yang nak menang tu , mai bodek-bodek Eyma . . . Apa lagi ? Jomlah join !

Click Untuk Terus Ke Laman Kontes ♡ Kontest Review Klinik Cinta