Tuesday, 3 December 2013

Review online shop: By Puji

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .

Tiba-tiba mood hari ini mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu join kontes sambil review. Memandangkan Cik Eyma ini seorang penegar bab-bab review, memang bertuahlah terserempak dengan status adik manis Fatin Diana tentang segmen Review online shop By Puji.


Lihat pada gambar di atas tertulis by puji. Pada awalnya, memang Eyma pecah otak meneka apakah by puji ni. Nama orang? Perasaan? Almari? Teddy Bear? Daripada menyusahkan diri memerah otak, Eyma terus ke laman sosial Facebook Fanpage By Puji. Apabila meneliti muka depan fanpage By Puji, tiba-tiba mata Eyma berkilau-kilau entah kenapa.

Rupa-rupanya, By Puji ini penjual tudung esklusif tahap GABAN!


By Puji merupakan sebuah team pengeluar, penjual & pemilik tudung trendy, classic dan pelbagai design-design terkini yang HANGAT di pasaran. 

Siapa Pemilik By Puji?

Team By Puji ini terdiri daripada 3 kakak manis iaitu :
♡ Khamsiah Zambri
♡ Akin Zanudin
♡ Azza Ahmad

Kenapa Wajib Beli Shawl di By Puji?

Ingin tampil bergaya? Mencari shawl yang classic? Trending terkini? Design yang WOW? Jenis kain shawl yang lembut, sejuk dan tidak panas?

By Puji mengediakan pelbagai pilihan warna dan keunikan shawl yang luar biasa! Pss.. Kalau nak tahu, harganya pun murah-murah tau. Murah tak semestinya tidak berkualiti. Tak percaya? Jom kita cuci mata melihat design-design sexy shawl By Puji.



Bagaimana? Berminat? Murah kan? Harganya lingkungan RM30 - RM40 sahaja. Tak rasa terliur ke nak mencuba shawl-shawl unik By Puji?

Jom beli di By Puji


Aik? Shawl sahaja?

Nantikan kemunculan tudung bawal, tudung syria dan tudung awning By Puji!

Kepada Cik Adik Manis dan Kak Cik yang sudah membaca entri ini, bolehlah singgah ke Fanpage atau Intagram By Puji untuk lihat lebih banyak koleksi shawl yang menarik. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda yang gilakan shawl AWESOME macam By Puji ni. Semoga bershopping sambil senyum manis ♡