Tuesday, 3 December 2013

Review online shop: By Puji

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .

Tiba-tiba mood hari ini mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu join kontes sambil review. Memandangkan Cik Eyma ini seorang penegar bab-bab review, memang bertuahlah terserempak dengan status adik manis Fatin Diana tentang segmen Review online shop By Puji.


Lihat pada gambar di atas tertulis by puji. Pada awalnya, memang Eyma pecah otak meneka apakah by puji ni. Nama orang? Perasaan? Almari? Teddy Bear? Daripada menyusahkan diri memerah otak, Eyma terus ke laman sosial Facebook Fanpage By Puji. Apabila meneliti muka depan fanpage By Puji, tiba-tiba mata Eyma berkilau-kilau entah kenapa.

Rupa-rupanya, By Puji ini penjual tudung esklusif tahap GABAN!


By Puji merupakan sebuah team pengeluar, penjual & pemilik tudung trendy, classic dan pelbagai design-design terkini yang HANGAT di pasaran. 

Siapa Pemilik By Puji?

Team By Puji ini terdiri daripada 3 kakak manis iaitu :
♡ Khamsiah Zambri
♡ Akin Zanudin
♡ Azza Ahmad

Kenapa Wajib Beli Shawl di By Puji?

Ingin tampil bergaya? Mencari shawl yang classic? Trending terkini? Design yang WOW? Jenis kain shawl yang lembut, sejuk dan tidak panas?

By Puji mengediakan pelbagai pilihan warna dan keunikan shawl yang luar biasa! Pss.. Kalau nak tahu, harganya pun murah-murah tau. Murah tak semestinya tidak berkualiti. Tak percaya? Jom kita cuci mata melihat design-design sexy shawl By Puji.



Bagaimana? Berminat? Murah kan? Harganya lingkungan RM30 - RM40 sahaja. Tak rasa terliur ke nak mencuba shawl-shawl unik By Puji?

Jom beli di By Puji


Aik? Shawl sahaja?

Nantikan kemunculan tudung bawal, tudung syria dan tudung awning By Puji!

Kepada Cik Adik Manis dan Kak Cik yang sudah membaca entri ini, bolehlah singgah ke Fanpage atau Intagram By Puji untuk lihat lebih banyak koleksi shawl yang menarik. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda yang gilakan shawl AWESOME macam By Puji ni. Semoga bershopping sambil senyum manis ♡

Monday, 2 December 2013

BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD


Assalamualaikum pembuka tirai kata,
Buat pertama kalinya Eyma menyertai kontes yang agak awesome anjuran Cik Abang Ejulz. Entah nak panggil abang atau adik. Pagi tadi bukak inbox facebook, ada seorang adik manis ini minta Eyma tolong likekan gambar kontes Blogger Gempak 2013. Jadi, dengan relanya Eyma tolonglah likekan juga. Nanti Kecil hati, padah pada nama pula. Tak pasal-pasal, Eyma digelar Cik Sombong. Sumpah tak suka!

Kemungkinan, adik manis ni tak tahu yang Eyma ni pun seorang blogger HEBAT di Malaysia. Ceh, diri sendiri je yang perasan agaknya. Mungkin orang nampak Eyma ni jenis tak layan kontes-kontes. Memandangkan lemak sudah diternak beberapa hari duduk dalam bilik saja, Eyma nak juga merasai dunia blogger yang katanya persaingan sengit juga. Tetapi, bagi Eyma dunia blogger yang kelihatan besar tetapi sebilangan kecil sahaja blogger yang mantap-mantap termasuk Eyma. Ewahh. Makin berlemak perasan lebih dalam diri ni.

Apa-apa pun, Eyma nak syorkan hampa-hampa semua join kontes ini sebelum tamat tarikhnya iaitu pada 4 Januari 2014. Rasanya time tu dah start sekolah. Eyma pula yang bakal menduduki SPM pada tahun itu. Ya Allah, copek benor masa berjalan ye. Semuanya kekuasaanNya yang Maha Agung. Jom sama-sama kita lawan siapa menang!
Berita baik untuk semua blogger Malaysia!

Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!

Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)

Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]

4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIKE TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^

JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.



Friday, 29 November 2013

Review Legacy Rose Hair Perfume

Assalamualaikum semua. Nampaknya, ramai juga yang rindukan entri daripada Eyma ye. Hohoho, memang susah dapat manusia kuat perasan macam Eyma ni . Apa-apa pun , hari ini Eyma nak syorkan satu produk kecantikan rambut yang WAJIB korang guna iaitu Legacy Rose Hair Perfume .

Amboi , dengar nama pun dah macam ala-ala retis . Senang cerita , macam MAHAL je .


Eh , Betul Ke Mahal ?

Eyma sendiri terkejut beruk , terkejut monyet , terkejut ikan , kucing , katak semuanya ada bila tahu harga produk ni hanya RM30 sahaja ! RM30 ini juga termasuk kos penghantaran tau . Buat sarawak & sabah hanya RM35 termasuk kos penghantaran juga . Murah kan ?

Boleh Percaya Berkesan ?

Sesetengah pihak suka judge produk yang murah ni low quality . Amboi amboi amboi , siapa kata murah tidak terjamin ? Eyma sendiri sudah cuba , takkanlah Eyma nak main tipu-tipu macam budak kecik kut. Bukan setakat rambut yang kering jadi lembut & nampak segar , baunya juga bak ros yang baru mekar . Usah risaulah akan bau rambut anda . Dijamin wangi dan tidak berbau hanyir . Eh , kepala pun ada bau hanyir eh ? Haha

Dijamin ?

Produk ini juga mempunyai pelepasan KKM dan dijamin HALAL ! Pss . . Boleh dibawa solat sekali tau . Wangi-wangi masa solat barulah kusyuk sikit . Kan kan . .

Khasiat

  • Membantu menyihatkan rambut.
  • Membantu mewangikan rambut.
  • Membantu mengelakkan rambut rapuh.
  • Membantu mengatasi rambut gugur.
  • Membantu menyokong pertumbuhan rambut.

Cara Penggunaan

Ambil sedikit dan ratakan ke seluruh rambut. Lakukan selepas mandi. Mudah & cepat !

Formulasi

  • Air Suling
  • Vitamin E
  • Serbuk Kolagen
  • TEOA
  • Rose Essential Oil
Jadi , dah puas hati dengan isi kandungan minyak rambut ni ? Memang tak akan wujud bahan-bahan yang dilarang atau bahan yang menyebabkan air wudhuk tidak lalu pada bahagian kepala. Haaa ! Rugi tau kalau tak cuba . Eyma sendiri dah mencuba. Anda bila lagi?
Like page di bawah & mai beli di InHealth Beauty !


Wednesday, 20 November 2013

Pencarian Agen Aqua International Sudah Bermula !

Misi menerjah usahawan dan usahanita yang berinspirasi tinggi dalam membina dan membangunkan lagi bidang perniagaan mereka sudah bermula . Siapa agaknya yang bertuah itu ? Adakah anda ?


Memperkenalkan Aqua International yang merupakan sebuah syarikat yang mempamerkan taraf antarabangsa sebagai pucuk utama bagi menghasilkan usahawan yang berinovatif dalam industri kecantikan . Bukan setakat kecantikan luaran wanita , ia juga menyeluruh dalaman wanita juga .

Sebuah pogram bimbingan Agen Aqua International telah ditubuhkan bagi menyelarikan matlamat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi masyarakat terutamanya bagi pihak yang memerlukan pendapatan tambahan .

Jom layan video AQUA yang sangat awesome ini !



Adakah anda seorang suri rumahtangga ? Masih menuntut pembelajaran di Universiti ? Jangan risau . . Anda memang layak untuk menyertai program ini kerana :

TERBUKA kepada sesiapa sahaja yang berminat !
  • Usahawan dan Usahanita
  • Suri Rumahtangga
  • Pekerja Kerajaan dan Swasta
  • Pelajar Kolej dan Universiti
  • Pesara
Pss . . Peluang sebegini jangan dilepaskan tau . .

Program ini juga sangat sesuai untuk pengguna tegar internet di rumah . Dan anda jangan risau jika anda seorang yang benci akan internet, kerana program ini sesuai untuk platform :

Secara ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Forum
  • Dan lain-lain

Secara OFFLINE

  • Toko
  • Kedai
  • Gerai
  • Dan lain-lain

Nak tahu keistimewaan Agen Aqua International ?

PRODUK

  • Produk yang eksklusif dan bertaraf antarabangsa
  • Mempunyai pengesahan dan sijil Halal, GMP dan KKM
  • Produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam niche paling popular
  • Pembelian produk secara berulang
  • Harga mampu milik berbanding pesaing

INSENTIF / GALAKAN

  • Top Agen Bulanan
  • Top Agen Tahunan
  • Dan macam-macam lagi Insentif yang ada

BIMBINGAN BERNIAGA

  • Mengadakan Kelas Secara Online dan Offline Seperti , FB Ads, Closing, Follow Up dll.
  • FB Group Khas yang membolehkan anda bertanya macam-macam soalan yang tidak difahami
  • Bahan-bahan Promosi Seperti Video, Gambar dan Teks
  • Pertanyaan Tanpa Had
  • Personal Coaching
  • Dan Macam-macam lagi
Amboi , luasnya mulut ternganga tu . Apa tunggu lagi ? Rebutlah peluang ini sekarang !

Bagaimana untuk mendaftar ?

Terdapat 3 cara daftar menjadi Agen Aqua International :

Hanya PM mereka di https://www.facebook.com/messages/aquabeautyMY

atau

Daftar melalui Website
Layari : http://aquabeauty.com.my/daftar/agen.php

ataupun

Call / SMS / WhatsApp Pegawai Pengurusan Agen , En. Fizo di 012 6391612

Syarikat ini amat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai sebahagian daripada keluarga Aqua International Malaysia .

Kalau anda nak tahu , saya sudah daftar ! Anda bila lagi ?

Jangan lupa layari www.aquabeauty.com.my untuk mencuci mata & membeli belah disana !

Monday, 7 October 2013

Apa itu Cellads ?


Aku cukup pantang apabila mendapat tahu gosip tentang pelbagai applikasi khas untuk Android semakin power dan canggih . Apatah lagi apabila aku dijodohkan bersama applikasi yang membikin mata aku bertukar menjadi bentuk ' $ ' . Semestinya aku sedang bergosip tentang applikasi Cellads yang kelihatan sexy di mata aku .

Kenapa Cellads sexy ? Sebab . . Applikasi ini cukup WOW jika digunakan dengan cara yang betul . Alah , tak susah mana pun nak guna . Dibandingkan dengan applikasi lain, Cellads ialah juara applikasi tersexy yang pernah aku jumpa . Kalau dah aku cakap begitu , bermakna aku sudah pun khatam meneliti applikasi ini .



Nak tau apa yang ada dalam Cellads ni ? Cara-caranya ? Rahsia kesexyannya ? Mari baca selanjutnya .


Pertama sekali , anda mesti tahu :

Apa itu 'Ads Point' ?

Ads Point ialah ganjaran yang diberikan kepada anda secara percuma apabila iklan terpapar di skrin phone anda sekiranya mesej atau panggilan masuk . Tidak kesah mesej atau panggilan daripada 'nombor mengarut' ataupun buah hati anda sendiri . Semakin banyak iklan diterima , semakin meningkat jumlah ads point anda . Jika ads point anda meningkat , apa lagi ? Anda boleh tebus hasil titik peluh ads point anda dengan pembelian topup , tiket wayang , shopping di AEON , voucher KFC , McDonald , Pizza Hut dan macam-macam lagi !

Contoh Iklan Semasa Mendapat Panggilan Daripada Seseorang

Mendapat Iklan Semasa Pesanan RIngkas Diterima

Iklan Yang Sangat OHSEM


Keistimewaan Cellads

Untuk pengetahuan pengguna Android , applikasi ini cukup beruntung untuk anda . Kenapa ya ?

PERCUMA Install , TIADA Bayaran yang dikenakan . Malah , ads point yang anda terima adalah secara PERCUMA !

Cara Mendaftar Cellads

Pendaftaran adalah melalui 3 cara iaitu melalui Wifi , telefon bimbit atau laman web Cellads .

Jika anda ingin mendaftar melalui Wifi atau laman web Cellads , click DI SINI .

Mendaftar melalui telefon bimbit :

1) Install applikasi Cellads di Play Store / Google Store / Samsung Apps .
2) Tunggu installing anda selesai sambil menari-nari .
3) Click Cellads dan isikan butir pendaftaran .
4) Pilih Community ' Blooggers ' sebagai pujaan hati anda .
5) Nikmati Cellads anda dan tebus banyak-banyak sampai puas tersengeh .

Kenapa Mesti Memilih Community Blooggers ?

Jika anda memilih ' Blooggers ' , lebih banyak ganjaran yang akan anda terima jika anda orang terawal yang menggunakan applikasi Cellads . Jangan tunggu lama-lama , nanti anda akan ketinggalan pelbagai tawaran HEBAT daripada Blooggers .

Cara Menjemput Rakan / Invite Friend Di Cellads

Step 1 :

Mestilah ' Login '  dahulu . Isikan no telefon anda . Jika belum mendaftar lagi , bolehlah install applikasi Cellads atau anda boleh terus mendaftar secara online . Click DI SINI .


 Step 2 :

Kemudian , tekan  ' Invite Friend '.



Step 3 :

Isikan nombor telefon rakan yang ingin anda jemput . Pastikan nombor telefon itu dimulakan dengan nombor 6 yang membuktikan anda daripada Malaysia .

Sebagai contoh , nombor telefon rakan anda ialah 012-3456789 . Letakkan digit 6 dihadapan nombor telefon rakan anda . Jadi , nombor telefon yang perlu ditulis ialah 60123456789 .




Step 4 :

Click SUBMIT dan OK .


Pss .. Tak habis lagi .. Selepas anda menjemput rakan anda , pastikan rakan anda meng-intall Cellads terlebih dahulu .. Kemudian , dengan pantasnya anda dikehendaki memeriksa baki Ads Point anda . Penambahan 200 ADS POINTS khas untuk anda ! Inilah ganjaran istimewa daripada Blooggers jika anda menjemput rakan anda menggunakan applikasi Cellads .

Cara Redeem Ads Point ( Topup )

Step 1 :

Sign in dan click redeem Ads Point .



Step 2 :

Click Topup Place



Step 3 :

Pilih jangan tak pilih .



Step 4 :

Tulis CODE yang tertera disebelah Topup Place (sila rujuk step ke-2)



Step 5 :

Success ! Dan topup anda akan masuk tidak lama kemudian .



Semestinya jumlah Ads Point anda akan ditolak mengikut nilai points yang dikenakan . Kalau tak ditolak tu memang anda sungguh beruntung dan TIDAK ADIL . hehehe


Ha ? Amacam ? Hebat kan Cellads ? Eh , bukan hebat . Sexy ~ ~ ~ Kalau anda seorang pengguna Android , atau ayah anda ke , mama , kakak , abang , makcik , nenek mahupun atuk , jemput-jemputlah mereka semua untuk menggunakan applikasi Cellads . Tiada TIDAK UNTUNG , semuanya UNTUNG maaa . . . Tak percaya ? Apa lagi , Install dan nikmati keistimewaannya !

Sunday, 29 September 2013

Makeup Inspired Mulan


IKLAN : Jom join Kontes Review Klinik Cinta

Toink toink. Nampaknya aku semakin rajin meluangkan masa bersama barang-barang makeupku. Memandangkan aku dah lama tinggalkan dunia kecantikan , kesian makeup-makeup aku kekurangan kasih sayang aku. huwiiii.

Cantik pula guna camera Samsung Galaxy Tab 3 aku ni , Kahkah

Nampak tak muka aku ? Betapa pffttttt nya. Tak macam Mulan pun. Dah macam cekodok durian aku tengok. Berangan jelah nak tiru muka Mulan.

Aku ni pun , terhegeh-hegeh nak masuk kontes makeup disneyland. Lepas makeup comel-comel , Tengok-tengok tarikh luput dia , 5 Oktober. Pergh , mana sempat nak pomote dalam masa 5 hari.

Aku tengok pesaing pun ramai. Tapi dari segi makeupnya , confirm aku akan dipuji. Kahkah. Perasannya aku ni. Anda kena memahami bila berjumpa dengan orang perah santan macam aku ni.

Inilah barang makeup aku yang baru lepas kenyang telan kasih sayang aku

Nak kata aku ni pandai makeup , semestinyalah aku akui YA. Kalau pakcik makcik berminat nak tempah makeup daripada Cik Eyma , bolehlah berhubung ke pesbuk Eyma na. Jangan risau kalau Eyma tak balas mesej pada jam 2 pagi , masa tu dah terbongkang atas katil. Sapa suruh mesej pepagi buta.

Pastikan mesej petang-petang dan malam . Kalau malam sangat , Eyma nak kena pokpok kan baby tidur. Hahahaha. Bila aku beranak pun tak tau.



Sunday, 22 September 2013

Jom Sertai Kontes Review Klinik Cinta ♡



Masih ingat lagi pemilik blog Eyma Lydia Dot Com ? Haha , kalau tak kenal memang Eyma kasi penyepak sekilo . Sepanjang Eyma mendiamkan diri , Eyma sedar dan tahu bahawa terlalu ramai yang merindui Eyma . Wah , bangga dan perasannya diri ini .

Biasalah , apabila diri ini sentiasa busy menguruskan anak sebuah kontes yang hangat di pasaran dunia belog-belog iaitu Kontes Review Klinik Cinta buat kali pertamanya telahpun dilancarkan pada hari ini iaitu 22 September 2013 hasil daripada sokongan krew-krew Klinik Cinta termasuk orang ramai .

Anda seorang blogger ? Suka menulis ? Kulit wajah kasar ? Gemar menggeledah blog Cinta ? Kelayakan anda sangat mencirikan seorang blogger yang layak untuk menyertai kontes ini , tetapi kelayakan anda tidak mampu melepasi kelayakan Eyma . Hahaha


Rugi tau kalau korang tak join . Hadiah yang bernilai hampir mencecah RM600 menanti ada !

Kalau Eyma nak masuk kontes ini , confirm menang . Disebabkan Eyma salah seorang krew Klinik Cinta Dot Com , tak boleh lah Eyma menyelah dalam kontes ini . Kalau sesiapa yang nak menang tu , mai bodek-bodek Eyma . . . Apa lagi ? Jomlah join !

Click Untuk Terus Ke Laman Kontes ♡ Kontest Review Klinik Cinta

Sunday, 11 August 2013

Koleksi Gambar Hari Raya Aidilfitri 2013♡

CLICK READ MORE UNTUK TERUSKAN AKTIVITI MENCUCI MATA ANDA !

Chakkk . . . . Alhamdulillah Eyma dan sekeluarga selamat tiba di rumah arwah atuk sebelah ayah . Memang setiap tahun rumah pusaka inilah jadi tempat sedara mara berkumpul .