Thursday, 6 July 2017

Perkembangan Header Blog Dari 2012 - 2017

Tak sangka dah lebih 5 tahun Eyma memegang gelaran seorang blogger. Sedar diri juga yang Eyma taklah sehebat blogger otai yang lain. Blog ini hanya dijadikan tempat berkongsi cerita tentang kehidupan Eyma. Yang mana dari dulu perati perkembangan Eyma start dari blog GadisPhotographer yang telah dihack hingga ke blog EymaLydia, korang akan perasan banyak perubahan yang berlaku sepanjang 5 tahun ni. Sat sat kurus sat sat gemuk cantik hodoh semua ada.

Tengok-tengoklah dulu header noob Eyma start dari tahun 2012 sampai ke tahun ini. Tadi baru saja Eyma ubah header baru. Cantik dak? Tak cantik jangan habaq. HAHA

2012

2013

2014-2017
Terkini Pewiiittt


Noob kan header zaman tak matang dulu? Geli pula Eyma tengok, HAHA. Sejak sambung degree, cuti sem kali ini baru dapat cuci segala sawang dalam blog Eyma. Sometime, tiba-tiba rasa tawar hati untuk berblog sebab terlalu sibuk. Tapi sayang pula kalau nak burn blog Eyma. Sayang juga pada silent reader yang always berpusu-pusu ngintip Eyma. Ececeh....

InsyaAllah kalau tiada kekangan, Eyma akan update beberapa entri tentang kisah kehidupan Eyma. Terima kasih semua kerana sudi datang menjenguk blog saya. Muah muah!